Friday, September 30, 2016

SIAPA JEJAKA HENSEM INI?


PASTINYA ramai yang ingin tahu siapakah jejaka hensem yang menghiasi “BLOG COVER”  Blog Adam & Hawa bulan September. Beliau ialah Azafaris Juhary atau nama glamour di Facebook Pahlawan Naga.  Beliau merupakan seorang pekerja industri  di kawasan Perindustrian Prai.

Disamping bekerja di sector industri beliau juga di masa yang terluang merupakan pemandu peribadi merangkap ‘bodyguard’ mereka yang bergelar DATUK dari ibu kota jika datang ke Pulau Pinang. Disamping itu beliau juga merupakan anggota polis bantuan di Seberang Perai Selatan. Disamping bergiat  dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kini Pahlawan Naga mula berjinak-jinak  di bidang lakonan. Bermula dengan menyertai Bengkel  Seni Lakon anjuran Finas di Hotel Sunway Seberang Jaya di bawah kendalian Pengarah Drama Khalid Sulaiman fdam.

Walaupun masih baru di bidang ini Pahlawan Naga telah berlakon dalam sebuah dokumentari mengenai Sasterawan Negara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pahlawan Naga  juga diberi peranan yang tidak kurang pentingnya dalam sebuah  telemovie “AKU BUKAN SESAT” yang bakal ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia.  Beliau juga telah membintangi filem antarabangsa “OPERATION MEKONG”. Disamping itu berlakon iklan pendek untuk produk kecantikan.

Menurut Pahlawan Naga, beliau ingin pergi lebih jauh dibidang lakonan. Pengalaman yang sempat beliau timba daripada bengkel lakonan yang disertai dan telah berlakon beberapa buah drama serta  filem ini memberikan keyakinan yang tinggi untuk beliau bergerak lebih jauh lagi.

“Kita nampak senang orang berlakon hakikatnya setelah melalui pengalaman berlakon sebenarnya tidak mudah. Pelakon memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi dan bekerja tidak mengira waktu. Pelakon juga perlu bijak membawa watak bukan senang hendak berlakon gembira sedangkan hati kita susah  dan bukan senang dan menimbulkan perasaan marah sedangkan kita tidak marah.”

“Saya yakin watak yang paling sukar adalah untuk mengeluarkan airmata. Namun apa pun watak dan peranan yang bakal diberi di masa hadapan saya akan usahakan untuk memberikan yang terbaik.” ujarnya kepada Bloger Adam dan Hawa.

Apabila ditanya bagaimana beliau membahagikan masa  dengan pelbagai kerja, kegiatan kemsyarakatan dan kini ditambah menyertai bidang lakonan beliau menjelaskan.

“Saya bukan orang senang dan untuk hidup senang kita kena melakukan seberapa banyak kerja yang boleh. Disamping kita mendapat sedikit imbuhan daripada kerja kita kita juga dapat pengalaman. Pengalaman tidak dapat dibeli dan kita mesti melalui.”


“Dalam soal ini saya perlu pandai membahagikan masa  antara pelbagai kerjaya yang berlainan dan juga dengan keluarga. Alhamdulillah sehingga kini semuanya berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada keluarga, majikan dan kawan-kawan.” jelasnya mengakhiri perbulan dengan Blogger Adam & Hawa.


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG




Monday, September 26, 2016

Kisah Cinta Adam dan Hawa Bhg. 2


Suatu masa tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba terasa mengantuk  dan terus tertidur di situ.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri.Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Hawa yang baru diciptakan Allah duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tidak  percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirikan  dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang Allah menjadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.


Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

BERSAMBUNG  



Thursday, September 22, 2016

MENOPOUSE BUKAN PERGAKHIRAN HUBUNGAN SEKSUAL

Kalau hubungan seksual tetap diteruskan pasangan akan menjadi bertambah
romantik walaupun semakin tua. Jangan abaikan fitrah semulajadi insan.

LAZIMNYA wanita yang telah mencapai usia agak lanjut khususnya sudah menopause  mereka sudah tidak lagi memberikan perhatian terhadap kegiatan sex sedangkan orang lelaki masih lagi memberikan perhatian mengenai kegiatan tersebut. Keadaan ini pastinya menimbulkan konflik antara pasangan tersebut namun bagi mengelakan keadaan tidak harmoni golongan lelaki hanya memendam rasa.

Walaupun kita dapat lihat golongan ini ramai berada di masjid tidak kurang juga yang mengunjongi pusat-pusat hiburan dan tidak kurang juga lama-lama sekali akan berkunjung ke sempadan bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan Thailand. Pastinya kita biasa membaca di keratan akhbar Tok Wan berkelakuan sumbang dengan cucunya. Apa yang berlaku kerana sikap pasangannya yang sudah tidak mempedulikan kegiatan sex.
Jangan jadi seperti ini nikmatilah kehidupan

Harus diingat untuk kita melayari kegiatan hidup yang tenteram, selesa dan bahagian kegiatan ini tidak boleh dipinggirkan walaupun usia sudah lanjut. Kajian-kajian The Starr Weiner Report on Sex and Sexuality  in the mature year (1981) dan E. Brecher’s Love, Sex and Aging (1984) memberikan informasi mengenai kegiatan sex mengenai mereka yang berusia 60 tahun ke atas adalah satu keperluan yang tidak boleh dipandang mudah.

Menurut kedua-dua kajian tersebut mendapati, factor umur tidak semestinya mempengaruhi keperluan dan kehendak terhadap kegiatan seks. Aktiviti seks yang teratur adalah keperluan mereka yang mempunyai pasangan. Aktiviti ini boleh memberikan  kepuasan secara fizikal, interlektual dan batin. Ia biasanya menjadi satu kaedah terapi jiwa, senaman yang penting dalam merangsang otak dan meningkatkan kekuatan rohani.

Hakikatnya apabila umur semakin lanjut  keperluan perhubungan sexual menjadi semakin penting. Ekspresi seksual merupakan manifestasi penting dalam menjalani kehidupan. Namun malangnya  terdapat golongan lanjut usia ini mengabaikan aktiviti seksual dan mencari cara lain melepaskan gelora rasanya  seperti bersentuhan. Berpelukan, bercuiman atau berbicara mengenai cinta, kasih dan sayang.

Sewajarnya selepas melalui pengalaman seksual  berpuluh tahun maka ekspresi seksual adalah lebih halus dan menyeluruh malah lebih sempurna. Bagaikan seorang penulis menulis setelah menjalani proses penulisan berpuluh tahun maka hasil penulisannya adalah lebih halus dan tajam malah semakin berbisa.
Ciptalah suasana romantik untuk membangkitkan semangat

Ekspresi seksual amat penting dalam kehidupan pasangan yang berkahwin khususnya  kerana ia merupakan satu cara untuk mengukuhkan hubungan intim dan melupakan seketika kekalutan dunia. Seks bukan segala-galanya dalam sesuatu perhubungan  namun hakikat yang perlu kita akui seks adalah makanan cinta, kasih dan sayang. Hubungan seksual mengukuhkan perhubungan  dan membentuk keakraban yang lahir dari lubuk hati.

Memang diakui terdapat perubahan di segi kekuatan apabila umur telah lanjut tetapi perubahan itu sebenarnya bukan satu perkara yang boleh menutup kehendak dan kemahuan seks semulajadi manusia. Misalnya golongan lelaki masa kemuncak seksual di sekitar 18 hingga 30 tahun.  Apabila lelaki mencapai umur 40  kebanyakan lelaki mengalami penurunan terhadap tindak balas  psikologi. Namun keperluannya tetap ada jang sekali-kali abaikan.

Apabila telah mencapai angka 50 tahun kebanyakan lelaki  sekali sekala telah mengalami kegagalam mencapai kemuncak ereksi dan ianya semakin kerap berlaku apabila usia mencapai angka 60 tahun. Namun keperluan masih ada dan kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang sihat dapat menghasilkan benih yang subur.

Manakala bagi golongan wanita pula apabila telah mencapai menopouse akan mengalami perubahan fizikal yang besar menyebabkan keinginan seksualnya menurun malah adakalanya yang langsung tidak berminat.

Perubahan yang ketara ialah bibir vagina (labia) dan tisu yang melitupi tulang pelvis menjadi kendur akibat kehilangan tisu lemak. Dinding vigina menjadi kurang anjal dan menjadi kering. Klitoris menjadi sangat sensitive dan kemutan pada organ sewaktu orgasma  ada masanya mungkin menyakitkan. Perubahan fizikal ini boleh menyebabkan golongan wanita lanjut usia kurang selesa semasa melakukan hubungan seksual tetapi orgasma wanita boleh menjadi lebih lama.
Retak mencari belah kalau hubungan seksual tidak dijalin

Walaupun golongan wanita akan mengalami kesan ini namun menopouse bukan pengakhiran hubungan seksual. Sepatutnya menikmati keseronokan seks tanpa perlu bimbang akan mengandung. Hubungan seksual ini akan merapatakkan lagi perhubungan dan boleh mengelakkan pasangan berlaku curang.

Memang diusia lanjut memang kaum lelaki dan wanita akan mengalami masalah yang dinyatakan namun kedua-duanya harus menyesuaikan diri untuk meneruskan aktiviti seks.Jangan cemas akan perubahan ini sedarilah daya seksual masing-masing mengambil masa yang agak alam untuk bangkit dan memerlukan lebih stimulasi secara manual.


Kedua-dua pasangan perlu berinteraksi dan memberitahu pasangan kita apa yang kita suka kerana ini boleh merangsangkan kita. Habiskan masa selama mungkin dengan pasangan kita  untuk bemesra, bercumbu dan melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan semasa muda. Malah ambil sedikit masa untuk mencuba semua teknik yang terbaik.  Jangan lupa visual, bunyi-bunyian malah bau-bauan bagi mencipta suasana intim dan membangkitkan perasaan kita hingga maksimum.


IKLANKAN PRODUK ANDA DI SINI



NAK TULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK
PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE
ANDA JUGA AKAN DIBIMBING.


NAK RASA REMPAH GRILL LAIN DARI YANG LAIN
SEGERA HUBUNGI KAMI

IKLAN JIMAT TEPATI SASARAN
HANYA DI UTARA BIZ

BLOGGER MEMERLUKAN DANA
MENGERAKAN BLOG DERMALAH.






Monday, September 19, 2016

TIPS MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI

Tun Daim Bekas Menteri Kewangan & Usahawan berjaya
Negara kita mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1982 hingga tahun 1986. Kemudian pada   tahun 1996 -1997.  Kini pakar ekonomi Negara Tun Daim meramalkan tahun depan kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang parah malah boleh menjadi negara yang bangkrap.

Tun Daim bukan saja merupakan bekas Menteri Kewangan malah beliau merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya. Maka sebagai seorang usahawan mereka akan menilai keadaan ekonomi dalam usaha mengembangkan perniagaan. Jadi apa yang dikatan Tun yang boleh disifatkan senagai pakar ekonomi perlu diberikan perhatian.

Jadi kita perlu bersedia  berada dalam Negara yang bangkrap.  Bangkap berm,akna kita tidak mampu menanggung kos kehidupan dan kos membayar hutang. Ini akan membuatkan kos sara hidup hidup akan menjadi semakin tinggi, pembuangan pekerja akan menjadi fenomena biasa dan peluang pekerjaan terhad. Waktu itu pendapatan tidak dapat menanggung kos kehidupan kerana amat tinggi lagi memeritkan.
Ramalan Tun Daim

Jadi persoalannya bagaimanakah kita hendakan menghadapi memelestan ekonomi ini. Jawapan yang paling mudah hindarkan pembelian baru barang-barang yang tidak diperlukan seperti  kereta baru, peralatan letrik yang baru dan sebagainya. Namun langkah-langkah ini tetap tidak cukup bagi menghadapi kemelesetan ini.

Namun di yakini langkah-langkah itu semata-mata tidak akan cukup untuk menghadapi kemelestan ekonomi yang melanda Negara kita. Kita wajar memberikan perhatian terhadap perkara-perkara lain seperti membeli belah.

Jadilah pembeli yang bijak . Sebelum kita pergi membeli belah  senarai barang yang betul-betul diperlukan. Tujuannya   bagi mengelakan kita membeli barangan yang kurang kita perlukan pastinya mendatangkan pembaziran. Kita juga perlu  membandingkan harga di satu-satu tempat dengan tempat yang lain besertakan mutunya. Tindakan ini pastinya dapat mengurangkan kos membeli belah.

Disamping itu kita perlu juga memberikan perhatian dalam pembelian barang-barang makanan. Memang makanan itu perlu tetapi pastikan tidak berlaku pembaziran. Sekiranya kita suka memakan buah-buahan makanlah  buah-buahan tempatan kerana buah-buah tersebut lebih murah dan berkhasiat.

Jika boleh  da nada tanah kosong  tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buah untuk kegunaan sendiri. Beli barangan dengan jumlah yang besar bagi barangan yang tidak mudah busuk atau rosak. Berikan bekal makanan yang berzat kepada anak-anak ke sekolah. Ini dapat menjamin anak-anak kita dapat makanan yang berkhasiat dan tidak membazirkan wang membeli makanan  yang tidak berkhasiat.
Kilang-kilang besar mula membuang pekerja

Begitu juga pakaian yang merupakan asa dalam kehidupan jangan sekali-kali mementingkan fesyen dan jenama. Fesyen tidak bertahan lama dan terus berubah dan harga fesyen-fesyen terbaharu di pasaran memang mahal. Belilah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan kemanpuan kita. Bagi kaum wanita jangan belanjakan wang dengan membeli alat solek dan beralihlah kepada kecantikan asli. Gunakan cara yang lebih selamat dan murah tetapi kesannya tetap sama.

Di zaman moden ini pembelian insiuran walaupun bukan wajib tetapi boleh dikira sebnagai satu keperluan.  Jika kita  ingin membeli insuran nyawa belilah insuran penggal (term) kerana ia menyediakan perlindungan yang sempurna dengan harga yang jauh lebih murah.

Bagi menjimatkan kos penggunaan minya bagi kenderaan   kita perlu menjaga enjin kenderaan dengan baik paling mudah menukar minyak enjin mengikut kiraan yang betul. Pastikan tayar kenderaan diisi dengan tekanan angina yang betul Walaupun kedua-dua perkara ini kelihatan remeh tetapi ianya dapat membantu kita mengurangkan kos.
Kita jangan beli kenderaan baru

Apabila menggunakan kenderaan khususnya kereta bawa penumpang secukupnya dan gabungkan beberapa perjalanan yang dekat. Jangan memandu kenderaan terlalu laju kerana kita  dapat menjimatkan 25% penggunaan minyak jika memandu dengan kelajuan yang tetap.

Dalamkeadaan ini  sewajarnya tangguhkanlah rancangan percutian dan melancung.  Sekiranya memang kita rasa perlu juga untuk bercuti dan merehatkan minta  maka berpakatlah dengan ahli keluarga dengan kelompok yang agak besar kerana agen perlancongan akan memberikan potongan harga dan melawatlah tempat-tempat yang menarik di negara kita sendiri.

Kita juga tidak dapat lari daripada menghadapi majlis-majlis perkahwinan dan perayaan. Buatlah perancangan janganlah berlebihan untuk majlis perkahwinan atau pun perayaan. Sambutlah majlis perayaan dan keramaian secara sederhana jangan bimbang kata orang kerana mereka memahinya kerana mereka juga berhadapan masalah kemelesetan ekonomi.

Kita menggunakan pelbagai kemudahan lain di rumah seperti letrik, air dan sebagainya  maka elakkan pembaziran tenaga letrik dan air. Sekiranya anda ingin memasak air adalah lebih jimat anda menggunakan gas daripada letrik. Paip air yang bocor perlu dibaiki segera. Siram pokok menggunakan bekas siraman jangan guna paip.

Jika sesuatu urusan itu tidak mustahak jangan buat panggilan sebaliknya hantar saja sms atau whasapp ianya lebih menjimatkan. Jika perlu juga membuat panggilan buatlah panggilan dia antara 6 petang hingga 7 pagi kerana kadarnya lebih murah.


Diharap tips menghadapi kemelsetan ekonomi ini dapat membantu mengurangkan kos dan menjimatkan ringgit kita. Jangan amalkan budaya biar papa asalkan bergaya.



DAPATKAN REMPAH GRILL ALKANZ
RASA LAIN DARI YANG LAIN
KLIK IMAGE UNT KE BLOG


IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI UTARA BIZ
IKLAN JIMAT & TETAPI SASARAN
PELBAGAI INSENTIF LAIN DI SEDIAKAN
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

RASA ADA BANYAK IDEA DAN INGIN MENULIS SKRIP
DAPATKAN E-BOOK PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE
ANDA DAPAT LIHAT PROSESNYA & BIMBINGAN AKAN DI BERI
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

IKLAN PERNIAGAAN DI SINI JIMAT
ADA PELBAGAI INSENTIF LAIN

DERMA UNTUK TABUNG BLOG
MENDERMALAH UNTUK BLOGGER DAPATKAN BAHAN YANG MENARIK





Tuesday, September 13, 2016

ADAM : MASALAH SEKS ORANG TUA


Jangan malu biar pun dah tua 

Apabila kita memperkatakan bab hubungan kelamin atau seks pasti yang tidak senang dan berapa suka. Lebih-lebih lagi kita memperkatakan mengenai seks di usia emas, di mana si lelaki dah menjangkau usia emas manakala perempuannya sudah monopous. Pasti yang beranggapan gatal dan sebagainya. 

 Hubungan seks adalah fitrah kemanusiaan. Hubungan kelamin atau seks bukan perkara kotor yang memalukan kecuali dilakukan secara tidak halal. Bagi yang berkahwin atau pernah berkahwin seks adalah perkara normal yang dijalani oleh setiap pasangan.

Kita jangan jadi manusia hipokrit kerana kemahuan seks adalah fitrah semulajadi manusia. Malah seks boleh disifatkan sebagai terapi manusia. Apabila kehendak dan kemahuan seksnya telah dilunasi dia akan merasa ringan badan, bahagia  dan bersemangat menjalani rutin kehidupan.

Ibnu Taimiyah berpendapat,  “Wajib bagi suami berhubungan seks dengan isterinya sesuai kemampuannya selama tidak mengganggu fisik dan tidak melalaikan dari kewajiban mencari nafkah. Jika ini tidak dipenuhi, maka seorang hakim yang adil  boleh  memaksanya sebagaimana dalam hal nafkah atau sebagaimana dalam hubungan seks yang berlebihan.” (Al Ikhtiyarot Al Fiqhiyyah, hal. 246).

Harus diingat bagi mengcapai kebahagiaan sejati dalam rumah tangga tentu saja tidak cukup dengan menikahi. Ada banyak hal yang perlu diamalkan secara seksama oleh pasangan suami isteri agar meraih ketenteraman (sakinah), cinta (mawaddah) dan kasih sayang (rahmah), baik lahir maupun batin. Salah satunya  yang paling penting adalah persoalan hubungan intim atau dalam bahasa fiqih disebut jima’.

Salahsatu  tujuan bernikah adalah untuk  menghalalkan hubungan seks   dan termasuk salah satu ibadah yang sangat dianjurkan agama dan mengandung nilai pahala yang sangat besar. Karena jima’ dalam ikatan nikah adalah jalan halal yang disediakan Allah untuk melampiaskan hasrat biologis insani dan menyambung keturunan bani Adam.

Jadi amat malang sekali apabila golongan perempuan telah memasuki alam monopous dan pasangannya  telah berada di ambang usia emas maka perhatian golongan wanita yang bersuami terhadap hubungan seks amat jauh berkurangan malah ada yang langsung tidak mahu melakukannya. Mereka sibuk melayan anak cucu dan menantu tanpa mempedulikan pasangannya.

Bagi orang lelaki walaupun dia sudah diambang usia emas atau telah melewatinya selagi kesihatannya baik dia tetap memerlukannya. Setidak-tidaknya seminggu sekali atau paling kurang dalam 10 hari sekali. Namun tindakan pasangannya yang tidak memandang hubungan seks diusia tua ini menyebabkan golongan lelaki yang kurang iman yang tidak dapat menahan diri dan berlaku curang.

Blogger sendiri pernah melihat keadaan itu semasa muda ketika aktif dalam persatuan penulis di mana kami mengadakan lawatan ke selatan Thailand di bahagian Betong. Ketika dalam perjalanan dan semasa berada di Bandar Betong Blogger menemui terlalu ramai golongan lelaki tua di sana.

“Apa nak jadi dengan mereka ni. Kalau muda macam aku lain lah datang betong mencari keseronokan dan kenikmatan seks.”  Kata hati kecil Blogger.

Namun kini apabila Blogger telah mencapai angka ini barulah Blogger sedar kenapa orang tua-tua banyak ada di sana. Ketika mereka perlukan hubungan intim secara sah tetapi si isteri tidak begitu memperdulikannya.

Kita dapat lihat didada-dada akhbar perbuatan sumbang yang dilakukan oleh golongan yang tidak sepatutnya. Diusia ini juga lazimnya ramai yang berkahwin  secara diam-diam  lain tanpa memberitahu kepada isterinya. 

Sewajarnya pihak isteri meneruskan hubungan seks seperti biasa. Hakikatnya hubungan seks akan mengiratkan lagi perhubungan antara suami dan isteri. Dan sekiranya benar-benar sudah tidak mampu dan berminat izinkan saja suami kahwin lain dengan jujur dan ikhlas.


Berapa ramai isteri yang sanggup di madu? Mungkin hampir tidak ada namun blogger yakin dalam seribu dua pasti ada seorang dua. Mereka ini adalah wanita solehan yang teramat baik dan sayangkan suaminya bagi mengelakan suaminya berlaku curang dan berdosa. Bertuahlah suami itu dan sekiranya berkahwin jangan abaikan sama sekali isteri itu.


ANDA INGIN MENIKMATI REMPAH GRIL ALKANZ
CUKUP SEDAP RASA LAIN DARI YANG LAIN
HUBUNGI NO TERTERA DAN INGIN TAHU LEBIH 
MENDALAM KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


IKLAN JIMAT TEPATI SASARAN HANYA DI UTARA BIZ
HUBUNGAN NO. YANG TERTERA ATAU KLIK IMAGE
UNTUK MELIHAT BLOG INI.


NAK TULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK INI
ANDA DAPAT LIHAT PROSESNYA DAN 
SETERUSNYA DI BIMBING
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI SINI. MURAH


TABUNG BLOG DAN ADAM






Sunday, September 11, 2016

WUJUDKAN MEKANISMA PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN


SEMPENA Aidil Adha, Hari Raya Haji atau Raya Qurban ruangan FIKRAH AGAMA membicarakan soal Qurban. Pengertian Qurban di sudut bahasa bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Manakala  di sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Qurban mula   disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Firman Allah subhanahu wata‘ala  dalam Surah Al-Kauthar 108:2 yang bermaksud : “Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”

Semua orang Islam tahu syarat-syarat mengikut syara bagaimana hendak melaksanakan Qurban misalnya  disegi hukum, cara dan masa perlaksanaan, umur binatang dan sebagainya. Namun yang ingin dibicarakan di sini  sudut pembahagian daging qurban itu.

Setiap Qariah wajar mempunyai mekanisma pembahagian daging qurban agar mereka yang miskin dan fakir tidak terpinggir dan terasa hati, dengar khabar orang kampung berqurban sampai sepuluh ekor lembu,  daging seketul atau gulai sepiring pun mereka tidak terima.  Jadi apa makna qurban kita?

Lazimnya mereka yang berkorban  akan mengadakan jamuan dan sedekaqkan daging kepada sanak saudara. Cuba bayangkan sekiranya mereka yang berkorban itu tidak mempunyai adik beradik dan sanak saudara yang fakir dan miskin dan jemputan kenduri qurban juga hanya dibuat dikalangan adik beradik dan kenalan maka fakir dan miskin akan terlompong menelan air lior mendengarkan 10 ekor lembu di tumbangkan untuk berqurban. Cuba bayangkan apa perasaan mereka?

Jesteru itu di setiap Qariah Jawatankuasa Masjid atau surau wajib membentuk jawatankuasa Qurban dan setiap Qurban yang dilakukan misalnya seekor lembu lazimnya dibahagi 7 bahagian tapi kali ini bahagikan 8 bahagian satu bahagian akan pergi kepada jawatankuasa ini untuk diberikan kepada anak-anak Qariah yang fakir dan miskin. Pihak jawatankuasa ini juga perlu pastikan fakir miskin yang tinggal sendirian dan berkeluarga bagi menentukan kuantiti daging yang hendak di beri.

 Jika ini dilaksanakan mereka yang berqurban tidak perlu lagi memikirkan bahagian orang fakir miskin  di tempat mereka. Sekiranya tidak dilaksanakan makanisma ini dan setiap orang yang berqurban ingat akan fakir miskin ditempat mereka maka mereka akan menerima lebih daripada sepatutnya dan ini menimbulkan pula pembaziran kerana lazimnya fakir dan miskin tidak mempunyai peti sejuk di rumah.


Dirasakan idea ini akan memberikan peluang kepada semmua khususnya fakir dan miskin untuk turut merasai kemeriahan Hari Raya Qurban. Jesteru itu diharap mereka yang membaca artikel ini dapat panjangkan idea ini kepada jawatankuasa masjid dan surau di tempat masing-masing agar Qurban yang di buat dapat memberikan manafaat kepada semua khususnya golongan fakir dan miskin.



REMPAH GRILL ALKANZ SEDAP RASANYA  LAIN 
DARI YANG LAIN.NAK CUBA HUBUNGI 019-560 7802
INGIN TAHU LEBIH BANYAK KLIK IMAGE UNTU KE BLOG



TERLALU RAMAI YANG PM  INGIN MENULIS SKRIP
KALAU INGIN MENULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK INI
ANDA DAPAT MELIHAT PROSESNYA DAN ANDA AKAN DIBIMBING.
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE INI.




UTARA BIZ ADALAH PORTAL PENGIKLANAN.IKLANKAN 
PRODUK, KHIDMAT DAN PERNIAGAAN ANDA DI SINI. IKLAN JIMAT TEPATI 
SASARAN. BERMINAT  HUBUNGI 019-5607802. KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI.



IKLAN DI SINI ANDA DAPAT RASA KESANNYA.


TABUNG BLOG BAGI PEMBACA YANG PRIHATI DAN INGINKAN 
BAHAN YANG LEBIH MENARIK SUMBANGLAH KE TABUNG INI.