PERKAHWINAN amat dituntut oleh Islam. Keinginan untuk
berkahwin adalah fitrah semujadi manusia. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sehat
fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis.
Teman
hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai,
yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk
mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.
Firman Allah dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 yang
bermaksud : “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu
mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”
Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara
kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat
menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka
hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Namun mutakhir ini kita dapati terdapat begitu ramai baik
golongan lelaki mahu pun wanita yang tidak berkahwin walaupun mereka sewajarnya
mereka berkahwin.
Kajian yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) terhadap lelaki dan wanita bujang yang berusia antara 25 hingga 49
tahun mendapati 86.8 % daripada mereka mempunyai hasrat untuk berkahwin.
Menurut Ketua Pengarah LPPKN Dr. Siti Norlasiah Ismail, sebanyak 56% golongan lelaki yang berusia dalam lingkungan tersebut
memberikan alas an kewangan menyebabkan
mereka tidak berkahwin. Hanya 9.4% yang mengutamakan kerjaya.
Alasan yang diberikan oleh golongan lelaki yang tidak
berkahwin memang logic. Bagaimana mereka
hendak mengumpul berlanja perkahwinan zaman ini yang melebihi RM10,000 ke atas. Sedangkan ketika
mereka hendak menyambung pengajian di university mereka terpaksa membuat
pinjaman PTPTN.
Apabila keluarga belajar kadang kala belum sempat mereka
mendapat kerja yang sesuai pihak PTPTN telah mengejar mereka untuk melunaskan
pinjaman. Mereka juga perlu membantu keluarga sekiranya keluarga mereka susah.
Mereka juga perlu membeli kenderaan untuk kemudahan mereka bekerja.
Manakala mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian lebih
tinggi dan bekerja di sector industry dan lain-lain dengan gaji yang tidak
seberapa, bagaimana mereka hendak menyimpan wang untuk berkahwin yang melebihi
RM10,000.00 itu?
Situasi ini sebenarnya membuka jalan bagi kegiatan maksiat
kerana perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia. Jesteru itu dalam agama Islam hanya
mewajibkan mas kahwin dan mas kahwin itu pula tidak membenankan lelaki yang
ingin berkahwin.
Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan
berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu
agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau
sebagainya.
Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang
tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah
bertanya kepada lelaki itu.
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?"
lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat
al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas
kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri
lelaki itu.
Jesteru itu diharapkan golongan ibu bapa janganlah
memayahkan calon menantu yang ingin menyunting anak kita untuk dijadikan
isteri. Permudahkanlah letakan mas kahwin dan hantaran belanja hangus ikut
kemampuan bakal memantu kita.
Sekiranya kita merancang meletak mas kahwin dan belanja
hangus terlalu tinggi dan tidak mampu mereka adakan maka ini mungkin boleh
menyebabkan perlakuan maksiat. Sekiranya mereka tidak mampu dan terpaksa
meminjam dan bergadai golok maka apabila anak kita menjadi isteri mereka
kesusahan itu juga akan mereka rasai.
Berpada-padalah islam juga tidak menyukai yang berlebihan.
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
Assalamualaikum
BalasPadamsenang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
dan berbagi kepada teman-teman disini.
Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.
Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.
Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.
Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.
Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
Supaya lebih jelas kunjungi blog http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id
Atau ~KLIK DISINI~