
UMNO yang mengetuai PERIKATAN dan BARISAN NASIONAL
menghadapi tentangan sengit dalam beberapa pilihanraya antaranya PRU ke-3 tahun 1969, PRU Ke-12 dan PRU Ke-13.
Namun UMNO/BN terus dapat mempertahankan kuasa.
Berdasarkan analisa yang dibuat UMNO/BN menghadapi masalah yang cukup besar untuk
terus berkuasa. Dalam PRU lepas daripada 222 kerusi Parlimen UMNO/BN hanya
mampu menang 133 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 89 kerusi. UMNO/BN
hilang majority 2/3 di parlimen. Berdasarkan pengkiraan ini pembangkang hanya perlu tambahan 23 kerusi untuk memerintah negara dengan majority
mudah.
Harus diingat kekuatan UMNO/BN mampu bertahan dalam PRU
Ke-13 kerana berjaya menguasi majority kerusi parlimen di Serawak, Sabah, Johor
dan Pahang. Kini dengan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin kekuatan di Johor
pasti tergugat ditambah dengan tindakan Tengku Mahkota Johor yang begitu kritis
terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

Begitu juga tindakan
penyingkiran Datuk Seri Mukriz Mahathir sebagai MB Kedah dan ahli UMNO juga
pasti memberikan kesan terhadap keputusan pilihanraya nanti. Golongan muda di
Kedah nampak lebih menyenangi Datuk Seri Mukriz mengetuai Kerajaan Negeri . Begitu juga
golongan tua yang begitu kagum dengan kepimpinan Tun Dr. Mahathir akan membuat
protes dan Kedah memang dalam keadaan cukup bahaya.
Jadi persoalannya
adakah Datuk Seri Najib telah membuat pengkiraan yang salah memecat Tan Sri Muhyuddin
Yassin, Datuk Seri Mukriz dan mengantung Datuk Seri Mohd Shafie Afdal? Mungkin
tindakan ini dapat menguatkan beliau menerajui kepimpinan UMNO dan negara buat
masa ini.
Diyakini Datuk Seri Najib telah lama berhasrat untuk menyingklr ketiga-tiga pemimpin ini daripada harakah kepimpinan UMNO tetapi tidak
begitu berani bertindak. Keberanian ini timbul setelah menyaksikan keputusan
Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Di kedua-dua
parlimen itu UMNO/BN telah menang agak memberansangkan. Adakah pilihanraya ini
mengambarkan keadaan sebenar rakyat bawahan terhadap kempimpinan UMNO/BN atau
hanya satu helah untuk mengembirakan
UMNO/BN?
Harus diingat UMNO/BN sedang menghadapi krisis kepimpinan
masa itu dan majoriti rakyat mengeluh menghadapi kenaikan harga barang dan dikenakan GST namun
UMNO/BN tetap menang besar. Satu persoalan yang amat sukar untuk dijawab. Namun
sesuatu yang jelas dalam pilihanraya kecil UMNO/BN akan mengerakan seluruh jentera
kerajaan yang ada untuk membantu tetapi dalam PRU keadaan itu tidak berlaku
akan berlaku dalam PRU nanti.
Berdasarkan analisa yang dibuat UMNO/BN hanya mampu selamat
dan terus berkuasa sekiranya PAS yang dipimpin oleh Hj. Hadi Awang terus
bekeras tidak mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Pastinya ahli-ahli
PAS rela melihat kebangkitan parti yang mereka dokong dalam era reformasi dihancurkan oleh sikap dan
keegoan kepimpinan Presiden mereka? Kita tunggu dan lihat dan jika keadaan ini
berlaku UMNO/BN pasti akan hilang
kekuasaan mereka. Jika Tun Razak terkenal sebagai Bapa Pembangunan Negara maka
Datuk Seri Najib anaknya pasti akan terpahat sebagai Bapa Kehancuran UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan