Sunday, October 16, 2016

ISTIGFAR SELESAI SEGALA MASALAH


DALAM kita mengharungi kehidupan di dunia pasti kita tidak dapat lari daripada masalah.  Orang kaya dan senang lenang menghadapi masalah cara orang kaya. Orang susah menghadapi masalah cara orang susah. Orang berkeluarga menghadapi masalah cara orang berkeluarga dan orang bujang menghadapi masalah cara orang bujang.

Adat kata  setiap orang yang hidup di dunia ini pasti tidak dapat lari daripada masalah.  Sebagai manusia kita perlu menghadapi masalah. Sebenarnya masalah yang mewarnai kehidupan manusia adalah cara Allah untuk mentalbiah manusia. Allah ingin melihat kesabaran kita manusia dalam menghadapi masalah. Malah masalah dalam hidup kita akan mematangkan pemikiran kita dan memahami sepak terajang kehidupan ini.

Cuma yang menjadi masalah kepada kita yang di timba masalah kerana kita gagal mencari jalan untuk mengatasinya. Namun kita sebagai manusia sebagai hamba Allah dan beragama Islam sekiranya kita menghadapi masalah yang tidak mampu kita selesaikan maka kembalilah kepada Allah. Mohonlah keampunan daripada Allah nescaya Allah akan membuka dan memberi jalan penyelesaian kepada kita.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Kadang-kadang terfikir dibenak kita mengapa harus kita beristigfar sedangkan kita tidak pernah melakukan dosa-dosa besar. Jangan kita ego dan jangan angkuh sebagai mansia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa.  Walaupun kita tidak pernah melakukan dosa-dosa besar namun kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa-dosa kecil. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah melakukan syirik kecil umpamanya, “Tadi saya sakit kepala sangat-sangat nasib baik ada panadol”.

Jadi bagi jalan penyelesaian menghadapi  apa jua masalah mohonlah keampunan kepada Allah dan banyaklah beristigfar. Beristigfar ada banyak kelebihannya dan  keajaibannya.
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi yang maksum  juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.”(Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.

Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)

Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:

“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).


Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).

Berigtifallah sebanyak mungkin jadikan istigfar sebagai wirid sepanjang masa kita.  Beristigfar  kita telah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan kesalahan kita. Surah Nuh ayat 10-12 Allah telah memberitahu dengan istigfar Allah turunkan hujan, mengadakan sungai dan kenun-kebun, dengan istigfar Allah banyakkan harta dan anak-anak. Bagi merungaki masalah istigfar ini  kita hayati  kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”


Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.





KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI







Thursday, October 13, 2016

BILA AGAKNYA PRU KE 14 ?


HARI ini rata-rata rakyat dah mula bosan dengan percakapan politik. Buka televisyen dengar cerita pasai politik, buka akhbar juga banyak cerita politik, pergi kedai kopi juga sama rata-rata orang bercakap pasai politik malah buka FB juga begitu.

Percakapan politik oleh aktivis dan penyokong dan pendokong parti-parti politik membuat rakyat biasa yang berada atas pagar bosan. Masing-masing mempertahankan ideologi  dan tindakan pemimpin mereka sedangkan sebagai rakyat biasa yang rasional dapat memikirkan yang mana benar dan yang mana salah.

Penyokong dan pendokong politik UMNO/BN dengan cara dan gaya mereka biarpun mereka mungkin sedar kesalahan dan kesilapan pucuk pimpinan parti mereka. Mereka tetap menyokong dan tidak berani menyatakan kebenaran. 

Rata-rata rakyat yang melihat isu kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib  atas apa juga alasan adalah salah, namun kepimpinan dan penyokong parti berkenaan tetap mempertahankannya.

Perdana Menteri  Datuk Seri Najib sendiri akhirnya mengaku menerima wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya dan katanya wang itu adalah derma Tok Arab untuk dana politik. Kita terima kenyataan itu benar, walaupun kenyataan itu benar  tetapi  memasukan wang derma untuk dana politik ke dalam akaun peribadi adalah salah di sudut akta pertubuhan. Kalau itu merupakan dana politik maka wang itu perlu di masukan ke dalam akaun UMNO atau BN bukannya akaun peribadi beliau.

Pihak Peguam Negara telah menyatakan pendirian tidak ada kes dan pihak  Pendaftar Pertubuhan membisu seribu bahasa. Jika ini pendirian Peguam  Negara dan Pendaftar Pertubuhan dan beranggapan tindakan itu tidak salah maka mana-mana ketua bahagian, ketua cawangan atau pengerusi mana-mana parti politik juga boleh mengutip derma dan dimasukan ke dalam akaun peribadi juga tidak salah. Bolehkah itu berlaku?

Bangkai gajah yang besar pasti  tidak dapat ditutup dengan nyiru yang kecil. Akhirnya isu yang cuba ditutup oleh Peguam Negara kita meletup di Amerika Syarikat melalui saman DOJ. Melalui saman itu mereka dapat mengesan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dinamakan sebagai MO1 dan rakan-rakan sekutunya termasuk anak tiri Datuk Seri Najib.


Maka muncul pula pembela Datuk Seri Najib mengatakan bahawa Amerika Syarikat berniat untuk menjatuhkan dan menjajah Kerajaan Malaysia. Nampaknya pembela-pembela Datuk Seri Najib seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat negara ini. Pembela-pembela Datuk Seri Najib seolah-olah menidakkan kejayaan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO memberi pendidikan yang membolehkan rakyat negara ini berfikir  dan membuat penilaian mana betul dan mana yang salah.

Bagi penyokong dan pendokong PAKATAN HARAPAN  ada gaya dan cara tersendiri dalam menarik sokongan rakyat. Mereka akan pertikaikan apa saja yang dibuat oleh pihak kerajaan dan mereka yang menawarkan kerajaan alternatif  kepada rakyat namun sehingga hari ini tidak mampu bersatu dalam hakikat sebenar.

Diyakini dengan kemunculan parti baru tajaan Tun Dr. Mahathir yang diketuai oleh Tan Sri Mahyudin Yasin akan membuatkan parti-parti PAKATAN HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu  akan berebut kerusi. Walaupun ada perbalahan dalam perebutan kerusi namun dirasakan masalah ini tidak begitu kritikal jika dibandingkan dengan PAS.

Sementara bagi pendokong dan penyokong PAS pula asyik mengkafirkan sesama Islam, siapa yang tidak menyokong RUU adalah kafir. Mereka juga melemparkan tuduhan mereka tidak boleh bersama PAKATAN HARAPAN kerana DAP menentang Islam.  Mereka mendakwa sebagai parti Islam,  adakah cara politik yang mereka amalkan itu bersandarkan kepada cara berpolitik Islam?

Persoalan lain yang timbul adakah kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO benar-benar ikhlas? Kini hanya pembacaan pertama di Parlimen dan belum sampai tahap usul untuk diperbahaskan dan dibuat undi untuk terima atau tidak usul itu. PAS tak perlu mengkafirkan orang jika benar UMNO ikhlas usul itu pasti lulus kerana jika ahli parlimen UMNO dan PAS saja sudah memadai untuk memang.

Kita lihat PAS begitu ghairah dengan musuh tradisi politik mereka, UMNO. Mereka lupa inilah senjata paling ampuh untuk pisahkan PAS daripada gabungan pembangkang yang berkemungkinan mampu mengugat kekuasaan mereka selama ini. Hakikatnya bukan mudah untuk Ahli Parlimen UMNO menyokong usul ini, parti-parti komponen BN sendiri telah menunjukkan sikap penentang. Mana mungkin UMNO akan ketepikan rakan-rakan mereka dalam parti komponen BN? Ramai pemerhati politik berpendapat PAS hanya menjadi bahan permainan UMNO untuk terus berkuasa.

Lantaran itu rakyat yang berada di atas pagar mula bosan, muak  dengan pembicaraan politik. Mereka ingin pilihanraya dapat diadakan secepat mungkin. Mereka ingin menzahirkan sokongan mereka melalui kertas undi. Mereka juga menyimpan harapan apabila keputusan telah dibuat cakap-cakap politik akan mula berkurangan. Jadi persoalannya bilakah pilihanraya umum ini akan di adakan?

Berdasarkan perkembangan semasa diyakini Datuk Seri Najib akan mengadakan PRU 14 pada bulan Mac atau April tahun depan. Parti-parti politik komponen BN  telah diarahkan menyiapkan senarai calon. Pengesahannya kita lihat pada pembentangan budget negara yang akan dibentangkan pada 21 Oktober ini. Kita tunggu dan lihat selepas itu pastinya akhbar akan mainkan ini merupakan  budget rakyat.


Datuk Seri Najib tidak boleh tunggu lebih lama lagi. Ketika ini pakatan pembangkang dilihat tidak bersatu dan masih bertelagah sesama mereka, manakala PAS membawa haluan sendiri pastinya akan mengundang pertembungan tiga penjuru. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru ini akan memberikan kelebihan kepada BN khususnya UMNO.  Perkara ini telah dibuktikan dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI







Tuesday, October 11, 2016

Jadi Pengguna Yang Bijak

Gambar sekadar hiasan
RAMAI orang berbelanja bukan kerana keperluan tetapi kerana merasakan orang akan mengatakan dia mampu berbelanja. Misalnya  membeli kereta mewah dan peralatan mewah di rumah. Berdasarkan kajian terdapat 7 sebab utama mengapa orang berbelanja lebih.

1. Ramai yang memberikan alasan terpaksa berbuat demikian kerana bimbang dengan pandangan  rakan-rakan, saudara mara atau jiran mereka nanti. Meminjamkan wang kepada rakan walaupun dia tahu rakannya akan membelanjakan wang itu secara membazir.  Mengadakan majlis perkahwinan yang besar waklaupun terpaksa berhutang . Selalu menukar perabut yang setaraf dengan kedudukan walaupun perabut yang lama masih lagi boleh digunakan.  Membelikan barang mainan yang mahal kepada anak-anak. Membelanjakan wang untuk menunjukkan kasih saying kepada keluarga sedangkan untuk melahirkan perasaan itu boleh dizahirkan dengan pelbagai cara
Gambar sekadar Hiasan

2.       Membeli kerana orang lain memilikinya sedangkan anda tidak begitu memerlukannya.

3.       Membeli kerana jurujual itu kawan baik atau baik dengannya.

4.       Peralatan rumah yang lama jika rosak dan masih boleh dibaiki dengan kos yang rendah lebih baik baiki saja daripada membeli barangan yang baru.

5.    5.   Membeli mengikut perasaan melihat sesuatu barangan itu cantik walaupun barangan itu bukannya satu keperluan.

6.     6.   Terpengaruh dengan kempen “Cuma sekali saja peluang dalam seumur hidup. “  Ini hanya helah perniagaan menghabiskan stok lama kerana model baru yang lebih baik dan canggih akan memasuki pasaran.


7.     Membeli TV lebih dari satu bagi mengelakan pergaduhan adik beradik menonton program. Jangan membazir galakan ahli keluarga bertolak ansur sesame sendiri.

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL RASMI




KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG REMPAH GRILL ALKANZ

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG E-BOOK INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG UTARA BIZ






Wednesday, October 5, 2016

PERHUBUNGAN ADAM & HAWA

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , SYUKUR Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita masih dapat bertemu di Blog ADAM & HAWA untuk bulan yang ketiga.  Tiga  bulan  masih terlalu muda  untuk dikenali.

 Namun  Blogger terus akan membawa Blog ADAM & HAWA memasuki fasa baru. Sekiranya perancangan fasa ini dapat berjalan dengan lancar maka Blog ADAM & HAWA akan bergerak dengan lebih baik lagi dan dengan pengisian yang lebih menarik. Saya mohon doa restu daripada pembaca agar Allah permudahkan apa yang telah di rancang.

Walaupun masih muda namun Blog ADAM & HAWA telah berjaya  mendapatkan lebih kurang 9,000 pelawat dalam masa dua bulan. Ini merupakan satu pencapaian yang agak baik.

Bagi membantu melancarkan Blog ini Blogger memohon jasa baik  pembaca yang baik hati boleh mengisi TABUNG BLOG ini seberapa yang  boleh. Sementara para peniaga boleh menggunakan Blog ini untuk mempromosikan perniagaan, perkhidmatan dan produk  Tuan/Puan dengan harga yang cukup jimat  dan pasti anda mampu dan berpuashati.

Pada bulan ini Blog ADAM & HAWA akan membicarakan mengenai perhubungan ADAM & HAWA. Masalah poligami yang dikatakan menjadi kesukaan golongan ADAM dan menjadi duri bagi golongan HAWA. Benarkan poligami menjadi kesukaan golongan ADAM? Apakah masalah yang menyebabkan golongan ADAM berpoligami? Blog ADAM & HAWA akan cuba mengupasnya dengan baik tanpa sebarang prejudis.

Begitu juga masalah perigi yang mencari timba, adakah salah disegi agama dan budaya kita? Boleh dan wajarkan tindakan itu? Jika boleh kenapa dan jika tidak mengapa pula. Isu ini juga Blog ADAM & HAWA akan mengupas tanpa sebarang prejudis dan kita akan mengikut dari kaca mata agama bukan adat atau budaya. Peribahasa kita biar mati anak tetapi jangan mati adat tidak dapat diguna pakai khususnya apabila adat yang kita bawa berlawanan dengan kehendak agama. Isu ini juga Blog ADAM & HAWA akan cuba mengupasnya dengan sebaik mungkin.

Dan salah satu isu yang tidak kurang pentingnya dan menimbulkan  keresahan dikalangan masyarakat kita ialah mengenai politik, bilakah pilihanraya umum akan di adakan. Masyarakat seolah-olah sudah tidak sabar  menunggu saat itu bagi memutuskan kecelaruan yang membawa kepada percakapan dan perbalahan di kalangan rakyat. Apabila pilihanraya sudah diadakan dan keputusan sudah diperolihi diharap masyarakat tidak lagi berfikir mengenai  politik sebaliknya meneruskan kehidupan yang semakin sulit dan mencabar ini. 

Dalam soal ini blogger akan mengunakan segala pengalaman  sebagai penulis dan penganalisa politik akan membuat ramalan bilakah pilihanraya dan peluang parti-parti yang bertanding. Mungkin ada di kalangan pembaca kurang senang kita membicarakan soal politik namun sebagai rakyat kita tidak terlepas daripada menghadapinya. 

 Sekiranya kita tersalah dan tersilap pilih ianya akan memberikan padah dalam kita menjalani kehidupan. Jadi walaupun kita bukan aktivis politik namun pergolakan politik yang berlaku dalam negara kita perlu ambil tahu dan apabila sampai masa kita untuk mengundi kita akan menggunakan akal dan pemikiran yang Allah anugerahkan untuk membuat pilihan.


Saya rasa cukup setak
at ini MINDA BLOGGER berbicara dan selamat mengikuti Blog ADAM & HAWA, Insya Allah pasti memberikan manafaat dan ilmu kepada anda yang mengikutinya. SELAMAT MEMBACA.

Blogger
Arzaman Sulaiman








KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG







Sunday, October 2, 2016

BLOG COVER OKTOBER 2016

SIAPAKAH GERANGAN NONA MANIS INI? IKUTI BLOG INI UNTUK MENGETAHUINYA.



SAKSIKAN TELEMOVIE MENCARI BIDADARI BAHAGIAN 3 UNTUK BLOG
LAKONAN FIZ FAIRUS & IRMA HASMIE KARYA  BLOGGER