Andartu adalah singkatan kepada Anak Dara Tua. Berapakah
umur ideal untuk diklasifikasikan sebagai andartu.? Rata-rata berpendapat
sekiranya wanita tidak berkahwin selepas berusia 33 tahun wajar
diklasifikasikan sebagai andartu.
Jadi mengapakan ramai
golongan wanita yang tidak berkahwin dan menjadi andartu? Adakah kerana
golongan wanita lebih ramai daripada lelaki? Mungkinkah juga golongan andartu
ini terlalu memilih? Golongan andartu ini semakin hari semakin bertambah.
Menurut Laporan Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
2008 serta Kajian Penduduk dan Kekeluargaan 2004 yang dikeluarkan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peratusan lelaki bujang dalam
lingkungan usia 25 hingga 49 tahun lebih tinggi iaitu 59.6 peratus berbanding
wanita (40.4 peratus).
Namun peratusan penduduk bujang berusia 40 hingga 49 tahun
pula menunjukkan jumlah di kalangan wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Ia
sekali gus memberi gambaran wanita yang semakin berusia sukar mendapat pasangan
berbanding lelaki. Ada juga kemungkinan wanita yang berusia lebih 40 tahun
tidak akan berkahwin langsung?
Mengapa perkara ini berlaku? Adakah kerana golongan andartu
ini terlalu cerewet dan memilih?
Berdasarkan kajian oleh LPPKN melalui
Kajian Keluarga mendapati 35.7 peratus
wanita bujang memberikan alas an tiada
pasangan yang sesuai untuk mendirikan rumah tangah di usia muda. Manakala 26
peratus pula memberikan alas an masalah kewangan dan 18.1 peratus pula mengejar
kerjaya.
Berdasarkan kajian ini membuktikan golongan wanita bujang
atau digelar andartu terlalu memilih ketika di usia muda. Memang golongan
wanita hari ini mendapat pelajaran yang baik dan tinggi berdasarkan ketekunan
dan kerajinan mereka belajar berbanding golongan lelaki membuatkan mereka
mendapat kerjaya yang baik dan berpendapatan tinggi.
Keadaan ini sudah semestinyalah memberikan masalah untuk
golongan wanita ini mendapatkan pasangan yang setara dengan mereka. Jesteru itu
mereka tidak perlu memilih dan menerima siapa saja yang dirasakan mampu memikul tanggunjawab sebagai suami.
Satu lagi masalah golongan wanita ini kerana tidak ada atau jarang sekali
golongan lelaki yang berpendapatan rendah berani untuk menjadikan mereka
isteri.
Memang berdasarkan kajian Pendidikan menjadi salah satu
faktor yang sering dikaitkan dengan isu perkahwinan lewat khususnya bagi mereka
berpendidikan tinggi. Statistik menunjukkan wanita bujang berpendidikan tinggi
lebih ramai iaitu 34.7 peratus berbanding lelaki (25.7 peratus).
Manakala jenis
pekerjaan pula, didapati peratusan wanita bujang melebihi lelaki bujang dalam
kumpulan pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran tinggi seperti penggubal
undang-undang, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.
Sebaliknya peratusan lelaki bujang lebih tinggi dalam
kumpulan pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi seperti pekerja
pertanian dan perikanan; pekerja pertukangan; operator loji dan mesin;
pekerjaan asas serta tentera.
Berdasarkan pendapatan bulanan pula menunjukkan purata
pendapatan wanita bujang adalah sebanyak RM1,547 berbanding hanya RM1,240 bagi
lelaki bujang. Pendapatan wanita bujang yang melebihi RM3,000 juga lebih tinggi
berbanding lelaki bujang.
Keadaan ini pastinya memberikan kesukaran kepada golongan
wanita bujang mendapat lelaki yang setara dengan kedudukan mereka maka mahu
tidak mahu mereka perlu memberikan perhatian di sudut lain untuk memilih calon
suami.
Walaupun menurut kajian ini
47.1 peratus golongan wanita
memilih sifat bertanggungjawab sebagai kreteria utama sebagai calon suami
tapi itu hanyalah ucapan di bibir. Kalau
itu kreterianya setelah gagal mendapatkan lelaki yang setara dengan mereka maka
mereka pasti akan mendapat pasangan untuk berkahwin.
Rata-rata sifat semulajadi majoriti wanita adalah ego, menunjuk dan membaggakan
diri malah kita sering terdengar kata-kata kalau lelaki itu seorang leftenen
maka isteri mereka akan berlagak macam kapten. Itulah gambaran watak dan sifat
semula jadi wanita malah ada wanita yang berkahwin dengan suaminya yang jauh
lebih rendah jawatan dan pendapatan terasa segan untuk ketengahkan suaminya
dalam majlis-majlis keramaian rakan sekerja.
Kesimpulannya golongan wanita hari ini perlulah menerima calon pasangan yang bakal begelar suami seadanya. Jangan kedudukan dan pekerjaan asalkan lelaki ini mampu bertanggung jawab dan mampu menjadi ketua keluarga terimalah dengan berlapang dada.
KLIK IMAGE UNTUK KE WRITE UP AJA ALI BAHULU PANAS
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG REMPAH GRILL ALKANZ
KLIK IMAGE UNTUK KE UTARA BIZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan