Jumaat, 12 Ogos 2016

Lelaki Kuasai Bidang Masakan



Namun begitu bidang masakan di majlis-majlis keramaian seperti kenduri dikuasai oleh kaum lelaki. Begitu juga bidang penyediaan makanan dan masakan di hotel dan restoran di kuasai oleh golongan lelaki.

Hakikatnya Industri hospitaliti yang melibatkan sektor penyediaan makanan adalah bidang yang kian berkembang pesat  bukan sahaja di negara kita malah mengcangkupi  seluruh dunia. Mereka  yang berkemahiran dalam bidang itu kini berpotensi mendapatkan pekerjaan dan  permintaan tenaga sumber manusia yang tinggi. Mereka yang terlibat dibidang ini juga berpotensi   memulakan perniagaan sendiri dengan mudah.

Perkara ini dibuktikan oleh seorang Chef yang memang terkenal di kawasan utara ini, Chef Roy atau Rozaini Yaakob. Beliau menceburi bidang hospitaliti sector penyediaan makanan sebaik sahaja lepas mengambil peperiksaan SPM walaupun beliau menuntut dibidang teknikal.

Selepas peperiksaan tersebut  pada tahun 1987 beliau terus menceburi bidang ini dengan bekerja sebagai comis (Pembantu tukang masak)  di hotel  Merlin Pulau Pinang. Sejak itu beliau mula faham dan mengenal  dunia masakan dan berminat mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam. Namun begitu sebagaimana  orang muda lain  pendiriannya tidak kuat untuk bertahan dan membawa beliau menyertai industry lain.

Namun pertemuan semula beliau dengan Chef Sani bekas bosnya di hotel Merlin dahulu pada tahun 1999 telah merubah keadaan.  Rozaini kembali bekerja di bawah Chef Sani di Caravan  Café, Sungai Petani . Selain membuka  Caravan Café , Chef Sani juga merupakan seorang perunding di industri ini dan menyediakan perkhidmatan katering. 

Rozaini Yaakob    banyak belajar banyak daripada Chef Sani dibidang penyediaan makanan dan katering sehingga beliau juga mampu menjadi perunding kepada mereka yang ingin membuka restoran dan beliau juga membuat katering secara kecil-kecilan.

“Sejak itu saya berazam untuk terus berada dalam industry ini dan yakin akan perkembangan pesat industry ini. Saya mula belajar dengan lebih tekun  dan membuat pelbagai R & D masakan yang  saya pelajari.”

“Namun tumpuan saya mula berubah daripada masakan ‘western’  kepada masakan makanan arab setelah menyertai Qasar  Hadramaut di Bandar Perda Bukit Mertajam. Restoran ini adalah milik penuh pengusaha makanan daripada Yaman.”

“Saya Nampak prospek  yang besar makanan arab di negara ini. Disamping mempunyai nilai komersial masakan arab boleh dianggap sebagai sunnah Nabi. Maka saya mempelajari teknik dan cara-cara penyediaan makanan malah saya tak segan-segan akan menemui dan mempelajari ilmu masakan arab daripada mereka yang berpengalaman.”

Sejak itu Chef Rozaini menumpukan perhatian di bidang masakan arab sehingga terhasilnya formulasi rempah kambing golek yang dinamakan Rempah Grill Al-Kanz. Rempah Grill Al-Kanz adalah gabungan masakan arab dan mediterranean.

Rempah ini pada mulanya dihasilkan untuk memenuhi tempahan kambing golek di majlis-majlis keramaian yang kemudiannya diminta oleh seorang sahabat untuk memasarkannya.

“Bagi mereka yang ingin merasakan keenakan formulasi rempah grill alkanz boleh menghubungi beliau atau ingin mengetahui lebih lanjut boleh melawat blog yang beliau sediakan http://alkanzsaudagarrempah.blogspot.my/

“Saya terus mengorak langkah bersahabat seorang lagi sahabat lain membuka  ‘stall’ di “food court” KAMBING GOLEK ALKANZ @ CHARLIE KAFE Sungai Lokan, Sungai Puyu Butterworth. Saya  mengolek  kambing sekor di situ dan menjualnya. Sepinggan kecil RM5.00 dan Regular RM10.00.”

“Bagi mereka yang ingin merasai keenakan kambing golek Al-Kanz boleh mencubanya di situ. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis-majlis keramaian atau jamuan dan ingin menghidangkan kambing goleh boleh juga berhubung dengan saya 018-948 4150” Ujar Rozaini atau Chef Roy kepada Adam & Hawa.


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG UTARA BIZ

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan