![]() |
Muhamad Zaini sedang mengoreng cucur cempedak di gerainya |
BERTUGAS sebagai anggota tentera di zaman selepas merdeka
membawa ke era 60an, 70an sehingga 80an bukan sesuatu yang mudah
berbanding zaman sekarang. Apabila mendapat arahan untuk masuk hutan membuat
operasi dada pasti berdebar kerana anggota tentera yang terbabit akan bersabung
nyawa antara hidup atau mati.
Itulah luahan rasa Muhamad Zaini Ahmad, 60 tahun seorang
pesara tentera yang cacat kakinya terkena jerangkap samar di Gubir pada 22
Julai 1987. Ketika itu beliau yang bertugas di 6 Briged yang berpengkalan di
Kem 4 RAMD di Sungai Ara, Pulau Pinang
telah menyertai Gerakan Kota Charlie Delta. Beliau yang terkena
jerangkap samar dan cedera di paras buku lali lalu diterbangkan dengan helikopter
ke Hospital Besar Pulau Pinang dan kakinya telah dipotong paras lutut.
Sejak itu beliau hidup sebagai orang cacat atau OKU dan
bertugas hingga pencen sebagai anggota tentera pencen pada tahun 2002. Beliau
mula berkhidmat sebagai anggota tentera pada tahun 1987. Sejak bersara beliau
menjalankan perniagaan menjual buah-buahan tempatan seperti buah bermusim serta buah pisang dan nenas di samping mengoreng pisang dan cempedak di sebuah gerai yang
tidak berdinding di Machang Bubok sebelah kedai Mee Omar yang berhadapan dengan
Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok, Bukit Mertajam, Seberang Perai.
Menurut beliau, perniagaan secara kecil-kecil ini dibantu
oleh isterinya Faridah dan sehingga kini mendapat kerjasama yang baik daripada
pembekal baik Melayu atau Cina dan pelanggan-pelanggannya terdiri daripada
pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India.
“Ada yang membeli untuk kegunaan sendiri dan ada juga yang
membeli untuk berniaga. Untong yang
diperolihi dapatlah menambah pendapatannya disamping memperolihi pencen.”
Katanya kepada BLOGGER ADAM & HAWA.


“Begitu banyak bekas tentera terutama yang berkhidmat 10,15
atau 18 tahun yang hidupnya melarat. Orang macam saya begitu sedih mendengar
berita pemenang pingat sukan olimpik negara mendapat habuan yang begitu besar.
Saya bukan mempertikaikan pihak kerajaan memberikan anugerah itu kepada mereka, itu memang satu kewajaran tetapi tengok-tengoklah sama kami bekas-bekas anggota
tentera ini. Kami bersabung nyawa mempertahankan negara. Janganlah kaki dianak
tirikan” Katanya dengan nada sinis kepada BLOGGER ADAM & HAWA.
Bagi mereka yang berhajat membantu beliau membina gerai yang
lebih baik atau ingin menderma boleh menghubungi isterinya Faridah no. telefon
017-471 6032. Anda juga boleh bank-in dalam akuan RHB : 107 103 011 00962 atas nama Arzaman Sulaiman dan silakan maklumkan kepada Arzaman dan Faridah sendiri.
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan