Khamis, 4 Ogos 2016

Peluang Menulis


Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sebagai pembuka bicara dan  Selamat bertemu di arena ini, BLOG ADAM & HAWA. Blog ini berkonsepkan majalah bulanan tetapi menggunakan blog sebagai wadah. Bahan-bahan yang terdapat di blog ini akan  ‘post’  selang sehari jika tidak ada aral yang melintang.

Hakikatnya blog ini  menceritakan kisah  kehidupan manusia. Manusia yang menghuni maya pada ini terdiri daripada golongan ADAM & HAWA  maka kita namakannya BLOG ADAM & HAWA.

ADAM adalah bapa kepada semua manusia manakala HAWA adalah ibu kepada segala  manusia. Adam dijadikan ALLAH dari segumpal tanah dan ditiupkan roh agar hidup dan tinggal di syurga sementara di hantar ke bumi. Tujuan ALLAH menjadikan ADAM adalah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sementara HAWA pula dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam. Jadi kewujudan HAWA  adalah untuk berdampingan dan berada disebelah ADAM, bukan di belakang apa lagi di hadapan.

Penerbitan BLOG ADAM & HAWA menceritakan kehidupan  golongan ADAM & HAWA yang unik. Disamping itu memberikan maklumat umum dan isu semasa yang berguna untuk golongan ADAM & HAWA dalam melayari maya pada yang penuh dengan cabaran, ujian dan  dugaan.

Blog ini mempunyai 15 segmen iaitu Minda Blogger, Isu Semasa/Pengguna, Dunia Adam, Alam Hawa, Fikrah Agama, Kisah Benar/Fail Mahkamah Syariah/Misteri, Kerjaya Hawa, Cerita Kulit, Hobi Adam, Kewangan,Perniagaan & Kesihatan, Kerjaya Adam,  Hobi Hawa, Prihatin/Kisah Masyarakat dan Cerita Cinta Adam & Hawa.

Blog ini yang berkonsepkan majalah akan memaparkan cerita  dan berita lain dari yang lain. Misalnya segmen Hobi dan Kerjaya Adam dan Hawa ini kita akan dapatkan cerita dan berita yang lain dari yang lain. Blog ini juga akan memainkan vedio drama ‘MENCARI BIDADARI” karya blogger dipecahkan mengikut bahagian hingga selesai. Blog ini juga akan memaparkan kisah Cinta  Adam & Hawa  di syurga bahagian demi bahagian hingga selesai disambung dengan Cinta Adam & Hawa waktu ini.

Kesempatan ini saya ambil untuk menawarkan peluang menulis mereka yang berminat. Mereka yang berminat  boleh menghubungi saya untuk mendapat sedikit penerangan apa yang saya mahu dan apa yang boleh mereka sumbangkan. Bagi mereka yang berminat menulis boleh menjadikan blog ini sebagai landasan untuk belajar.

Untuk maklumat pembaca bagi mengerakan Blog ini secara berteruskan kita memerlukan biaya. Biaya  bagi mendapatkan bahan maka pengurusan blog ini akan berusaha mendapatkan dana melalui pengiklanan. Jesteru itu semakin ramai orang yang datang melawat blog ini akan menarik perhatian pengiklanan. Saya mohon kerjasama kepada pembaca kalau boleh kongsi artikel yang di siarkan di dinding FB masing-masing agar lebih ramai orang tahu akan kewujudan blog berkonsepkan majalah ini.

Disamping itu Blogger membuka TABUNG BLOG untuk pembaca menyumbang. Kita akan terima berapa saja sumbangan. Bagi mereka yang menyumbang lebih RM20.00 pihak bloger  akan menyediakan insentif dan cabutan bertuah sebagai tanda terima kasih, sekiranya sambutan dikalangan pembaca memberansangkan.

Bagi pembaca yang bermurah hati menderma bagi membantu blogger boleh masukkan derma itu ke dalam Akaun RHB No. : 107 103 011 00962 atas nama Arzaman Sulaiman. Sekiranya derma yang dihulur melebihi RM20.00 sms atau whasapp gambar slip dan beritahu nama penderma.

Blogger amat yakin cerita yang dipaparkan di blog ini lain dari yang lain dan mampu menambah ilmu, pengetahuan dan pengalaman hidup bagi yang membacanya. Blogger juga berharap agar pembaca khususnya yang punya FB dapat like Page Perkasa Mahsuri Venture kerana setiap ‘posting’ di blog akan di hebahkan  melalui ‘page’ tersebut disamping akan di promosi melalui grup komuniti di FB.


Semoga usaha ini dipermudahkan Allah dalam usaha memberikan manafaat kepada masyarakat. Selamat mengikuti BLOG ADAM & HAWA. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan