Isnin, 29 Ogos 2016

Kisah Cinta Adam dan Hawa Bhg. 1

Kemewahan dan kesenangan hidup bukan jaminan untuk hati merasa
bahagia bagaikan Adam di syurga tetapi merasa resah dan gelisah.

Syurga adalah tempat bersemadi  manusia  di alam akhirat nanti.  Syurga adalah  ganjaran kepada manusia di atas  segala amal kebajikan yang telah dibuat semasa hidup di dunia.  Hakikatnya  segala amal kebajikan manusia memang tidak mencukupi  untuk memasuki syurga Allah dan kita memerlukan syafaat Nabi Muhammad SAW dan Rahmat Allah SWT. Samalah keadaannya dengan   anak-anak kita  yang pasti tidak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan ayah dan ibu.

Di syurga nanti manusia akan memperolehi segala kesenangan. Semuanya  tersedia,  apa saja yang diinginkan kita akan  memperolehinya. Sesungguhnya  syurga adalah  suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu terlebih dahulu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Hati kita bertambah terganggu bila melihat orang 
berpasangan sedangkan kita sendirian sedangkan 
Nabi Adam a.s. hanya melihat burung-burung 
berkawan dan berterbangan hatinya kacau.

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang pun kawan. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak berkawan dan bemesra. Adam a.s  merasa kesepian. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk rayu dan bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihat berkawan dan berterbangan.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang mewangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai pembangkit perasaan rindu.
Walaupun kita hidup senang dan kelihatan
bahagia namun kita tetap akan merasa sepi
 kalau orang yang kita sayang tidak bersama.

Apa saja yang ada  di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu resah dan gelisah di dalam kesepian seorang diri? Kenikmatan yang dinikmati terasa hambar. Bukannya Adam a.s tidak bersyukur tetapi itulah fitrah semulajadi manusia yang Allah semadikan di jiwa manusia menjadikan dia begitu.

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi  malangnya hatinya bukan menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertertekan.

Fitrah semulajadi yang Allah jadikan di hati
manusia inginkan pasangan.
Kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa  di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Walaupun jiwa dan perasaan Adam a.s. tidak tenteram  berada dalam segala kesenangan syurga  namun  Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


TUNGGU BULAN DEPAN BAHAGIAN 2


ADA URUSAN JPJ & PUSPAKOM DI KULIM
KLIK UNTUK KE ARTIKLE DI UTARA BIZ



RAYA HAJI DAH DEKAT DAPAT REMPAH GRILL ALKANZ

 KLIK UNTUK KE BLOG


PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI UTARA BIZ
KLIK UNTUK KE BLOG


NAK TAHU BAGAIMANA PENCIPTAAN TELEMOVIEDAPATKAN E-BOOK INI, 
BOLEH JUGA BELAJAR MENULIS SKRIP SKRIP DRAMA TV
KLIK UNTUK KE BLOG


PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI SINI MURAH.



TABUNG BLOG ADAM \& HAWA



Khamis, 25 Ogos 2016

RINTIHAN PESARA TENTERA OKU

Muhamad Zaini sedang mengoreng cucur cempedak di gerainya
BERTUGAS sebagai anggota tentera di zaman selepas merdeka membawa ke era 60an, 70an sehingga 80an bukan sesuatu yang mudah berbanding  zaman sekarang.  Apabila mendapat arahan untuk masuk hutan membuat operasi dada pasti berdebar kerana anggota tentera yang terbabit akan bersabung nyawa antara hidup atau mati.

Itulah luahan rasa Muhamad Zaini Ahmad, 60 tahun seorang pesara tentera yang cacat kakinya terkena jerangkap samar di Gubir pada 22 Julai 1987. Ketika itu beliau yang bertugas di 6 Briged yang berpengkalan di Kem 4 RAMD di Sungai Ara, Pulau Pinang  telah menyertai Gerakan Kota Charlie Delta. Beliau yang terkena jerangkap samar dan cedera di paras buku lali lalu diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Besar Pulau Pinang dan kakinya telah dipotong  paras lutut.

Sejak itu beliau hidup sebagai orang cacat atau OKU dan bertugas hingga pencen sebagai anggota tentera pencen pada tahun 2002. Beliau mula berkhidmat sebagai anggota tentera pada tahun 1987. Sejak bersara beliau menjalankan perniagaan menjual buah-buahan tempatan seperti buah bermusim serta buah pisang dan  nenas di samping mengoreng pisang dan cempedak di sebuah gerai yang tidak berdinding di Machang Bubok sebelah kedai Mee Omar yang berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok, Bukit Mertajam, Seberang Perai.

Menurut beliau, perniagaan secara kecil-kecil ini dibantu oleh isterinya Faridah dan sehingga kini mendapat kerjasama yang baik daripada pembekal baik Melayu atau Cina dan pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India.

“Ada yang membeli untuk kegunaan sendiri dan ada juga yang membeli untuk berniaga. Untong  yang diperolihi dapatlah menambah pendapatannya disamping memperolihi pencen.” Katanya kepada BLOGGER ADAM & HAWA.

Seterusnya beliau melahirkan rasa  terkilan usahanya untuk mendapatkan bantuan pihak persatuan bekas pelajurit untuk membina gerainya dengan lebih kemas  tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Malahan baru-baru ini kaki palsu yang digunakan rosak dan beliau membuat permohonan untuk mendapatkan kaki palsu yang baru juga mengalami kesulitan. Setelah menunggu begitu lama dan meminta bantuan wartawan Sinar Harian untuk menulis ceritanya barulah beliau mendapat ganti kaki palsunya.

‘Saya terkilan mengapa kami anggota tentera yang mengadai nyawa untuk mempertahankan negara tidak dipedulikan dan begitu susah untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan berbanding dengan anggota komunis yang menyerah diri dianugerahkan tanah lot untuk mereka memulakan kehidupan.”

“Begitu banyak bekas tentera terutama yang berkhidmat 10,15 atau 18 tahun yang hidupnya melarat. Orang macam saya begitu sedih mendengar berita pemenang pingat sukan olimpik negara mendapat habuan yang begitu besar. Saya bukan mempertikaikan pihak kerajaan memberikan anugerah itu kepada mereka, itu memang satu kewajaran tetapi tengok-tengoklah sama kami bekas-bekas anggota tentera ini. Kami bersabung nyawa mempertahankan negara. Janganlah kaki dianak tirikan” Katanya dengan nada sinis kepada BLOGGER ADAM & HAWA.

Bagi mereka yang berhajat membantu beliau membina gerai yang lebih baik atau ingin menderma boleh menghubungi isterinya Faridah no. telefon 017-471 6032. Anda juga boleh bank-in dalam akuan RHB : 107 103 011 00962 atas nama Arzaman Sulaiman dan silakan maklumkan kepada Arzaman dan Faridah sendiri.

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG








Ahad, 21 Ogos 2016

Misteri Bukit Seraya

Presiden SAHABAT Pulau Pinang, Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa (Kiri) bersama Ketua Unit Warisan Majiis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Pulau Pinang, Ahmad Nasharuddin Ismail (kanan) menunjukkan serpihan landasan kereta api dan skru-skru berusia lebih 100 tahun. 
Bukit Seraya menyimpan pelbagai misteri yang hanya mampu di ceritakan oleh para penduduk di sekitar bukit itu. Bukit Seraya terletak   dalam daerah Bukit Mertajam dengan ketinggian dari paras laut sekitar 337 meter. Bukit Seraya merupakan adik kepada Bukit Mertajam dan sebaris dengan Bukit Kolam di Cherok Tok Kun Bawah.
Air Terjun Tok Jangut di Bukit Seraya

Perkampungan yang paling hampir dengan Bukit Seraya ialah Machang Bubok, Kampung Telok, Cherok Tok Kun Atas dan Cherok Tok Kun Bawah.

Di sekitar tahun 1950an zaman keretapi menggunakan wap, pihak Keretapi di Tanah Melayu telah meneroka Bukit Seraya untuk dijadikan kolam tadahan air yang kemudiannya disalurkan melalui paip besar ke stesen keretapi di pekan Bukit Mertajam.

Menurut Husin Jaafar 67, Bukit Seraya ada mempunyai kolam besar yang menjadi tempat takungan air untuk dihantar ke stesen keretapi Bukit Mertajam di zaman keretapi wap. Selepas merdeka zaman orang mandi safar orang kampung di sekitar kolam itu akan naik ke Bukit Seraya untuk tujuan itu.

“Sesuatu yang menarik kolam di atas Bukit Seraya telah meragut nyawa tiga bangsa Cina, India dan Melayu. Orang-orang kambung juga ada menjumpai macam-macam peristiwa aneh di situ seperti itek angsa besar dan sebagainya.”

Husin Jaafar
Menurut Husin Jaafar lebih awal sebelum itu semasa pembinaan kolam itu pihak AC telah di tugaskan mengawalnya dan salah seorang daripadanya Saleh Bin Lazim yang baru meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Waktu itu Saleh Lazim dikatakan telah menembak seekor kera putih lalu dia melempar senapang yang dibekalkan kepadanya dan berlari turun ke kampung Machang Bubok dan terus menjadi kurang siuman.

“Mengikut cerita rakan sejawatnya Saleh menyertai AC pada  15 Mac 1951 dengan memakai nombor  1492 sementara Dahaman memakai nombor 1490. Kedua-dua mereka menjalani latihan di padang BMRC Bukit Mertajam sekarang telah dibangunkan menjadi pusat beli-belah yang dikenali sebagai The Summit Bukit Mertajam.”

Husin menceritakan,  masyakat kampung sekitar tersebut tidak terkejut dan hairan dengan penemuan Landasan keretapi oleh Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat). Malah lama dahulu di kawasan Tok Kun memang ada gerabak lama keretapi.
Krew TV3/Penduduk  kampung Machang Bubok semasa membuat
pergambaran Misteri Nusantara beberapa tahun lalu. Blogger
mengatur perjalanan tersebut.

“Cuma dakwaan oleh Pengerusi  Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat),  Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa yang  pernah berkata di akhbar  Keretapi ini dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong bijih besi di puncak Bukit Seraya rasanya tidak berasas”


“Namun kajian boleh dijalankan oleh  Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat) untuk  mendapatkan kepastiannya. Apa yang orang kampung tahu kolam itu dijadikan kolam tadahan air untuk di bekalkan ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam zaman keretapi wap dahulu dan sebab itu tanah itu akhirnya menjadi milik Keretapi Tanah Melayu.”



KLIK IMAGE UNTUK KE RENCANA DI UTARA BIZ


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG ALKANZ

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG UTARA BIZ

IKLAN DI SINI 

TABUNG DERMA



Khamis, 18 Ogos 2016

Punca Lelaki Lambat Kahwin




PERKAHWINAN amat dituntut oleh Islam. Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah semujadi manusia.  Setiap manusia yang sudah dewasa dan sehat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis.

 Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.

Firman Allah dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 yang bermaksud : “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”

Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun mutakhir ini kita dapati terdapat begitu ramai baik golongan lelaki mahu pun wanita yang tidak berkahwin walaupun mereka sewajarnya mereka berkahwin.

Kajian yang dijalankan oleh Lembaga  Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terhadap lelaki dan wanita bujang yang berusia antara 25 hingga 49 tahun mendapati 86.8 % daripada mereka mempunyai hasrat untuk berkahwin.

Menurut Ketua Pengarah LPPKN Dr. Siti Norlasiah Ismail, sebanyak 56% golongan lelaki yang berusia dalam lingkungan tersebut memberikan alas an kewangan  menyebabkan mereka tidak berkahwin. Hanya 9.4% yang mengutamakan kerjaya.

Alasan yang diberikan oleh golongan lelaki yang tidak berkahwin memang logic.  Bagaimana mereka hendak mengumpul berlanja perkahwinan zaman ini yang  melebihi RM10,000 ke atas. Sedangkan ketika mereka hendak menyambung pengajian di university mereka terpaksa membuat pinjaman PTPTN.

Apabila keluarga belajar kadang kala belum sempat mereka mendapat kerja yang sesuai pihak PTPTN telah mengejar mereka untuk melunaskan pinjaman. Mereka juga perlu membantu keluarga sekiranya keluarga mereka susah. Mereka juga perlu membeli kenderaan untuk kemudahan mereka bekerja.

Manakala mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian lebih tinggi dan bekerja di sector industry dan lain-lain dengan gaji yang tidak seberapa, bagaimana mereka hendak menyimpan wang untuk berkahwin yang melebihi RM10,000.00 itu?

Situasi ini sebenarnya membuka jalan bagi kegiatan maksiat kerana perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia.  Jesteru itu dalam agama Islam hanya mewajibkan mas kahwin dan mas kahwin itu pula tidak membenankan lelaki yang ingin berkahwin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Jesteru itu diharapkan golongan ibu bapa janganlah memayahkan calon menantu yang ingin menyunting anak kita untuk dijadikan isteri. Permudahkanlah letakan mas kahwin dan hantaran belanja hangus ikut kemampuan bakal memantu kita.

Sekiranya kita merancang meletak mas kahwin dan belanja hangus terlalu tinggi dan tidak mampu mereka adakan maka ini mungkin boleh menyebabkan perlakuan maksiat. Sekiranya mereka tidak mampu dan terpaksa meminjam dan bergadai golok maka apabila anak kita menjadi isteri mereka kesusahan itu juga akan mereka rasai.

Berpada-padalah islam juga tidak menyukai yang berlebihan.

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG








Selasa, 16 Ogos 2016

Siapa Deena Wardina?


Siapakah Deena Wardina yang menjadi penghias kulit blog berkonsepkan majalah Adam & Hawa bulan  ini? Nama sebenar  Deena Wardina,  Nor Fatin Wadina Binti Mohd Affendy dan baru berusia 14 tahun.  Namun gaya dan penampilannya  nampak cukup matang.


Beliau masih belajar dan menyimpan cita-cita untuk menjadi akitek dan ingin menjadi pengiat seni seperti menyannyi dan berlakon.
.


Bakatnya kini telah mula terserlah dan mula mendapat perhatian di utara khususnya di Pulau Pinang. Diyakini dalam beberapa tahun akan datang Deena Wardina  pasti mampu mengegar dunia seni tanahair.

Di usia yang muda ini Deena Wardina telah menghasilkan album ‘single’ yang pertama. Lagu dalam album single yang pertama ini berjudul “Teman” dan "Aku Bingung”. Disamping menghasilkan album dan membuat persembahan nyanyian di pelbagai pertunjukan pentas Deena Wardina juga merupakan tukang karang boria Omara, sebuah kumpulan boria yang amat terkenal di Pulau Pinang.

Disamping bergiat sebagai penyanyi dan tukang karang boria Deena  Wardina juga sudah mula berjinak-jinak di bidang lakonan. Beliau telah dipilih berlakon dalam sebuah filem indie iaitu   filem budget kecil berjudul “My Super Hero” arahan Jakson Chong di bawah producer Eric Ong daripada Singapura.

Baru-baru ini pula Deena Wardina berlakon dalam sebuah Telemomie untuk tayangan Hari Raya Haji yang akan datang berjudul “AKU BUKAN SESAT” arahan Khalid Sulaiman Fdam.

Deena Wardina amat bertuah kerana minatnya dibidang seni ini mendapat sokongan dan dorongan yang cukup kuat daripada kedua ibu bapanya Mohd Afendy dan Intan Zainoora.


Diyakini dengan sokongan dan dorongan kedua ibu bapanya serta kini berada dibawah pengurusan Omara Production,  Deena Wardina mampu pergi lebih jauh dibidang yang amat di minati ini. Mereka yang berminat untuk mengundang Deena Wardina membuat persembahan boleh menghubungi pengurusnya Omara 017-443 0091.



KLIP VEDIO LAGU "TEMAN" OLEH DEENA WARDINA



KLIP VEDIO LAGU "AKU BINGUNG" OLEH DEENA WARDINA


KLIP VEDIO PERSEMBAHAN DEENA WARDINA


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG UTARA BIZ


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG REMPAH GRILL AL-KANZ







Isnin, 15 Ogos 2016

Keperluan Beristigfar



Istigfar terasa seperti ucapan yang cukup ringan, pendek dan mudah diucapkan. Namun ucapan ini mengandungi  makna dan manfaat yang  cukup  besar kepada kita manusia biasa ini? Beristigfar merupakan pengakuan   seorang hamba kepada Allah akan dosa dan kesalahannya. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan  dosa, baik kecil maupun besar, disadari atau tidak.

Makna dari ucapan astaghfirullah adalah thalabul maghfirah atau pengakuan dari dosa-dosa dan meyakini akan adanya ampunan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sesungguhnya  sebagai  manusia biasa kita pasti tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap. Walaupun kita merasakan seolah-olah kita tidak pernah melakukan sebarang dosa-dosa besar tetapi kita pasti tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan kecil. Kesalahan dan kesilapan kecil itu jika dikumpul maka ianya menjadi besar. Jesteru itu kita disaran agar  sentiasa beristigfar.

Baginda Rasulullah yang memang maksum  bersih daripada segala dosa sekali pun tidak lepas beristigfar inikan pula kita manusia biasa. Rasulullah SAW mengajar umatnya perbanyakkan istighfar dalam usaha untuk mengejar keampunan Allah. Rasulullah SAW sendiri beristigfar tidak kurang daripada 70 hingga 100 kali sehari semalam seperti tercatat dalam hadis sahih.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristigfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

Beristigfar mengandungi terlalu banyak fadilatnya. Cerita  Hasan Al-Bashri yang di datangi seseorang yang mengeluhkan kerana tanamannya tidak menjadi kerana kemarau. Jawab beliau, “Perbanyaklah istigfar kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” Lalu datang lagi orang yang mengadukan kemiskinan diri dan keluarganya.  Hasan Al-Bashri menyampaikan nasihat yang sama yakni anjuran memperbanyak istighfar.

Beberapa sahabat Hasan Al-Bashri yang saat itu berada di sekitarnya  hairan dengan dengan jawapan  Hasan Al-Bashri  bertanya, “Mengapa engkau memberi nasihat yang sama untuk permasalahan yang berbeda-beda?” Hasan Al-Bashri menjawab, “Apakah kamu tidak membaca firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bunyinya:

“Maka Aku katakan kepada mereka, mohonlah ampun (Istighfar) kepada Rabb-mu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai,” (QS: Nuh: 71: 10-12)

Jelas beristigfar adalah usaha paling baik bagi mendapat jalan keluar dari segala kesulitan hidup di dunia ini. Jesteru itu beristigfar wajib menjadi tabiat harian kita walaupun kita berada dalam apa jua keadaan susah atau senang.

Apabila kita sentiasa beristigfar memohon keampunan Allah  itu menjadi tabiat maka kita akan bersih daripada segala dosa. Pastinya doa orang yang bersih dari segala dosa akan lebih cepat didengari Allah dan mengkabulkannya.

Walaupun kita digalakan mengucapkan istigfar namun terdapat juga hukum  wajib, makruh dan haram mengucapkannya.  Wajib untuk kita beristigfar setelah kita tersedar daripada melakukan dosa. Istighfar menjadi  makruh  ketika kita berjalan di belakang jenazah ketika menghantar jenazah  ke liang lahat. 

Beristighfar   menjadi haram dan  dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya., Sebagaimana dalam QS: At-Taubah: 9: 113 yang melarang seorang mukmin beristighfar atau memohonkan ke ampunan untuk saudaranya yang kafir, walaupun orang tersebut merupakan kerabat yang dekat.

Istigfar mempunyai banyak fadilatnya  seperti  menyelamatkan manusia dari azab, menurunkan hujan, memberikan kelimpahan rezeki yang  berkat,  menghindarkan dari kefakiran, tanaman yang tidak menjadi  serta  kemandulan. Beristigfar juga  Allah akan memberikan jalan keluar dari masalah hidupnya dan mendatangkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI