Isnin, 29 Ogos 2016

Kisah Cinta Adam dan Hawa Bhg. 1

Kemewahan dan kesenangan hidup bukan jaminan untuk hati merasa
bahagia bagaikan Adam di syurga tetapi merasa resah dan gelisah.

Syurga adalah tempat bersemadi  manusia  di alam akhirat nanti.  Syurga adalah  ganjaran kepada manusia di atas  segala amal kebajikan yang telah dibuat semasa hidup di dunia.  Hakikatnya  segala amal kebajikan manusia memang tidak mencukupi  untuk memasuki syurga Allah dan kita memerlukan syafaat Nabi Muhammad SAW dan Rahmat Allah SWT. Samalah keadaannya dengan   anak-anak kita  yang pasti tidak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan ayah dan ibu.

Di syurga nanti manusia akan memperolehi segala kesenangan. Semuanya  tersedia,  apa saja yang diinginkan kita akan  memperolehinya. Sesungguhnya  syurga adalah  suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu terlebih dahulu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Hati kita bertambah terganggu bila melihat orang 
berpasangan sedangkan kita sendirian sedangkan 
Nabi Adam a.s. hanya melihat burung-burung 
berkawan dan berterbangan hatinya kacau.

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang pun kawan. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak berkawan dan bemesra. Adam a.s  merasa kesepian. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk rayu dan bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihat berkawan dan berterbangan.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang mewangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai pembangkit perasaan rindu.
Walaupun kita hidup senang dan kelihatan
bahagia namun kita tetap akan merasa sepi
 kalau orang yang kita sayang tidak bersama.

Apa saja yang ada  di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu resah dan gelisah di dalam kesepian seorang diri? Kenikmatan yang dinikmati terasa hambar. Bukannya Adam a.s tidak bersyukur tetapi itulah fitrah semulajadi manusia yang Allah semadikan di jiwa manusia menjadikan dia begitu.

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi  malangnya hatinya bukan menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertertekan.

Fitrah semulajadi yang Allah jadikan di hati
manusia inginkan pasangan.
Kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa  di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Walaupun jiwa dan perasaan Adam a.s. tidak tenteram  berada dalam segala kesenangan syurga  namun  Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


TUNGGU BULAN DEPAN BAHAGIAN 2


ADA URUSAN JPJ & PUSPAKOM DI KULIM
KLIK UNTUK KE ARTIKLE DI UTARA BIZ



RAYA HAJI DAH DEKAT DAPAT REMPAH GRILL ALKANZ

 KLIK UNTUK KE BLOG


PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI UTARA BIZ
KLIK UNTUK KE BLOG


NAK TAHU BAGAIMANA PENCIPTAAN TELEMOVIEDAPATKAN E-BOOK INI, 
BOLEH JUGA BELAJAR MENULIS SKRIP SKRIP DRAMA TV
KLIK UNTUK KE BLOG


PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI SINI MURAH.



TABUNG BLOG ADAM \& HAWA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan