Kalau hubungan seksual tetap diteruskan pasangan akan menjadi bertambah romantik walaupun semakin tua. Jangan abaikan fitrah semulajadi insan. |
LAZIMNYA wanita yang telah mencapai usia agak lanjut
khususnya sudah menopause mereka sudah
tidak lagi memberikan perhatian terhadap kegiatan sex sedangkan orang lelaki
masih lagi memberikan perhatian mengenai kegiatan tersebut. Keadaan ini
pastinya menimbulkan konflik antara pasangan tersebut namun bagi mengelakan
keadaan tidak harmoni golongan lelaki hanya memendam rasa.
Walaupun kita dapat lihat golongan ini ramai berada di
masjid tidak kurang juga yang mengunjongi pusat-pusat hiburan dan tidak kurang
juga lama-lama sekali akan berkunjung ke sempadan bagi penduduk yang tinggal
berdekatan dengan Thailand. Pastinya kita biasa membaca di keratan akhbar Tok
Wan berkelakuan sumbang dengan cucunya. Apa yang berlaku kerana sikap
pasangannya yang sudah tidak mempedulikan kegiatan sex.
Jangan jadi seperti ini nikmatilah kehidupan |
Harus diingat untuk kita melayari kegiatan hidup yang
tenteram, selesa dan bahagian kegiatan ini tidak boleh dipinggirkan walaupun
usia sudah lanjut. Kajian-kajian The Starr Weiner Report on Sex and
Sexuality in the mature year (1981) dan
E. Brecher’s Love, Sex and Aging (1984) memberikan informasi mengenai kegiatan
sex mengenai mereka yang berusia 60 tahun ke atas adalah satu keperluan yang
tidak boleh dipandang mudah.
Menurut kedua-dua kajian tersebut mendapati, factor umur
tidak semestinya mempengaruhi keperluan dan kehendak terhadap kegiatan seks.
Aktiviti seks yang teratur adalah keperluan mereka yang mempunyai pasangan.
Aktiviti ini boleh memberikan kepuasan
secara fizikal, interlektual dan batin. Ia biasanya menjadi satu kaedah terapi
jiwa, senaman yang penting dalam merangsang otak dan meningkatkan kekuatan
rohani.
Hakikatnya apabila umur semakin lanjut keperluan perhubungan sexual menjadi semakin
penting. Ekspresi seksual merupakan manifestasi penting dalam menjalani
kehidupan. Namun malangnya terdapat
golongan lanjut usia ini mengabaikan aktiviti seksual dan mencari cara lain
melepaskan gelora rasanya seperti
bersentuhan. Berpelukan, bercuiman atau berbicara mengenai cinta, kasih dan
sayang.
Sewajarnya selepas melalui pengalaman seksual berpuluh tahun maka ekspresi seksual adalah
lebih halus dan menyeluruh malah lebih sempurna. Bagaikan seorang penulis
menulis setelah menjalani proses penulisan berpuluh tahun maka hasil
penulisannya adalah lebih halus dan tajam malah semakin berbisa.
Ciptalah suasana romantik untuk membangkitkan semangat |
Ekspresi seksual amat penting dalam kehidupan pasangan yang
berkahwin khususnya kerana ia merupakan
satu cara untuk mengukuhkan hubungan intim dan melupakan seketika kekalutan
dunia. Seks bukan segala-galanya dalam sesuatu perhubungan namun hakikat yang perlu kita akui seks
adalah makanan cinta, kasih dan sayang. Hubungan seksual mengukuhkan
perhubungan dan membentuk keakraban yang
lahir dari lubuk hati.
Memang diakui terdapat perubahan di segi kekuatan apabila
umur telah lanjut tetapi perubahan itu sebenarnya bukan satu perkara yang boleh
menutup kehendak dan kemahuan seks semulajadi manusia. Misalnya golongan lelaki
masa kemuncak seksual di sekitar 18 hingga 30 tahun. Apabila lelaki mencapai umur 40 kebanyakan lelaki mengalami penurunan terhadap
tindak balas psikologi. Namun
keperluannya tetap ada jang sekali-kali abaikan.
Apabila telah mencapai angka 50 tahun kebanyakan lelaki sekali sekala telah mengalami kegagalam
mencapai kemuncak ereksi dan ianya semakin kerap berlaku apabila usia mencapai
angka 60 tahun. Namun keperluan masih ada dan kajian menunjukkan kebanyakan
lelaki yang sihat dapat menghasilkan benih yang subur.
Manakala bagi golongan wanita pula apabila telah mencapai
menopouse akan mengalami perubahan fizikal yang besar menyebabkan keinginan
seksualnya menurun malah adakalanya yang langsung tidak berminat.
Perubahan yang ketara ialah bibir vagina (labia) dan tisu
yang melitupi tulang pelvis menjadi kendur akibat kehilangan tisu lemak.
Dinding vigina menjadi kurang anjal dan menjadi kering. Klitoris menjadi sangat
sensitive dan kemutan pada organ sewaktu orgasma ada masanya mungkin menyakitkan. Perubahan
fizikal ini boleh menyebabkan golongan wanita lanjut usia kurang selesa semasa
melakukan hubungan seksual tetapi orgasma wanita boleh menjadi lebih lama.
Retak mencari belah kalau hubungan seksual tidak dijalin |
Walaupun golongan wanita akan mengalami kesan ini namun menopouse bukan pengakhiran hubungan seksual. Sepatutnya menikmati keseronokan seks tanpa
perlu bimbang akan mengandung. Hubungan seksual ini akan merapatakkan lagi
perhubungan dan boleh mengelakkan pasangan berlaku curang.
Memang diusia lanjut memang kaum lelaki dan wanita akan
mengalami masalah yang dinyatakan namun kedua-duanya harus menyesuaikan diri
untuk meneruskan aktiviti seks.Jangan cemas akan perubahan ini sedarilah daya
seksual masing-masing mengambil masa yang agak alam untuk bangkit dan
memerlukan lebih stimulasi secara manual.
Kedua-dua pasangan perlu berinteraksi dan memberitahu
pasangan kita apa yang kita suka kerana ini boleh merangsangkan kita. Habiskan
masa selama mungkin dengan pasangan kita
untuk bemesra, bercumbu dan melakukan perkara yang tidak pernah
dilakukan semasa muda. Malah ambil sedikit masa untuk mencuba semua teknik yang
terbaik. Jangan lupa visual,
bunyi-bunyian malah bau-bauan bagi mencipta suasana intim dan membangkitkan
perasaan kita hingga maksimum.
IKLANKAN PRODUK ANDA DI SINI
NAK TULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK
PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE
ANDA JUGA AKAN DIBIMBING.
NAK RASA REMPAH GRILL LAIN DARI YANG LAIN
SEGERA HUBUNGI KAMI
IKLAN JIMAT TEPATI SASARAN
HANYA DI UTARA BIZ
BLOGGER MEMERLUKAN DANA
MENGERAKAN BLOG DERMALAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan