Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , SYUKUR
Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita masih dapat bertemu
di Blog ADAM & HAWA untuk bulan yang kedua. Dua bulan adalah masih terlalu muda untuk dikenali. Walaupun masih muda namun untuk menghasilkan dan mengekalkan blog ini
perlu komitmen yang tinggi, pemikiran yang luas dan terbuka dengan menghadapi
masalah dana memang sukar.
Bagi membantu melancarkan Blog ini Blogger memohon jasa baik
pembaca yang baik hati boleh mengisi
TABUNG BLOG ini seberapa yang boleh. Sementara
para peniaga boleh menggunakan Blog ini untuk mempromosikan perniagaan, perkhidmatan
dan produk Tuan/Puan dengan harga yang
cukup murah dan pasti anda mampu dan berpuashati.
Namun bagi meneruskan
minat saya disamping membantu masyakat siber mendapat ilmu dan kefahaman
mengenai hidup dan kehidupan maka saya teruskan. Disamping itu saya akan
memaparkan cerita yang agak lain daripada yang lain yang tidak mendapat tempat
di media tempatan tetapi mempunyai nilai berita yang tinggi. Saya yakin Insya
Allah saya akan mendapat bantuan Allah nanti.
Alhamdulillah baru sebulan dilancarklan pada penghujung
bulan Ogos pelawat telah mencecah lebih
4,500 orang dan saya yakin Insya Allah pelawat akan bertambah dari masa ke
semasa. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dan mengolah ruangan yang
sesuai dari masa ke semasa berdasarkan bahan yang saya perolihi. Bukan senang
untuk melakukan semuanya sendiirian di samping itu saya terpaksa melakukan
perkara lain. Namun saya yakin saya mampu pengalaman mengurus dan menerbitkan buletin
satu badan politik suatu masa dulu pasti dapat membantu.
Berdasarkan penyiaran bahan bulan lepas saya dapat mengenal
pasti ruangan mana yang mendapat sambutan yang memberansangkan. Namun begitu
dirasakan ruangan lain jugaakan men
dapat sambutan sekiranya bahan yang di paparkan menyentuh hati dan sanubari
peminat blog ADAM & HAWA ini.
Pada bulan ini saya akan ketengahan bahan SEKS ORANG LELAKI
TUA DAN WANITA YANG TELAH MONOPOUS. Ini penting bagi mendidik masyarakat yang
telah mencapai umur 45 tahun ke atas supaya bersedia menghadapi saat-saat
itu. Tidak kira samada lelaki atau
wanita apabila mencapai umur 50an akan menghadapi masalah mengenai soal ini.
Sekiranyanya masing-masing tidak memahami masalah ini rumahtangga yang dibina
boleh runtuh dan kalau tidak runtuh sekali pun kehidupan mereka tidak akan bahagia.
Jadi pada bulan ini Blog ADAM & HAWA akan memperkatakan
persoalan ini. Mungkin dikalangan pembaca beranggapan perkara itu tidak manis
dibicarakan secara terbuka macam ini.
Sebenarnya mereka yang berpendapat begitu adalah manusia hipokrit. Mereka hanya
berlakon baik sedangkan jiwa dan perasaan mereka terlontar dan terlonjak-lonjak
bila mengalaminya. Malah kadang kala sikap mereka lebih teruk dan lebih buruk
daripada golongan yang terbuka membicarakan soal ini.
Blog ADAM & HAWA membicarakan soal ini bukannya mencari
siapa dan salah di antara lelaki dan wanita. Sudah tentu kedua-dua pihak ini
bertanggungjawab sekiranya berlaku krisis mengenai perkara tersebut.
Sesungguhnya perkara ini masalah besar
bagi menjamin keharmonian dan kebahagian hidup berumah tangga.
Memang cinta, kasih dan sayang bukan semata-mata seks tetapi
makanan cinta, kasih dan sayang adalah seks. Perhubungan ini pastinya akan
mengiratkan lagi kemesraan, cinta, kasih dan sayang seterusnya memberikan
keharmonian dan kebahagian kepada pasangan itu. Sengguhnya ini adalah fitrah semulajadi yang Allah berikat kepada kita yang
bernama maklukNya.
Saya rasa cukup setaklat ini MINDA BLOGGER berbicara dan
selamat mengikuti Blog ADAM & HAWA, Insya Allah pasti memberikan manafaat
dan ilmu kepada anda yang mengikutinya. SELAMAT MEMBACA.
RAYA KORBAN DAH MENJELANG ANDA PASTI ADA DAGING KORBAN
KALAU NAK BAKAR DAPATKAN REMPAH GRILL ALKANZ MEMANG
SEDAPUNTUK LIHAT LEBIH BANYAK KETERANGAN
SILA KLIK UNTUK KE BLOG.
NAK IKLAN JIMAT TEPATI SASARAN
IKLAN DI UTARA BIZ FREE SATU IKLAN DI ADAM DAN HAWA
KLIK IMAGE UNTUK KIE BLOG UTARA BIZ
NAK BELAJAR TULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK INI
BIMBINGAN DAN KERJASAMA DARIPADA PENULIS
KLIK UNTUK KE BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan