SEMPENA Aidil Adha, Hari Raya Haji atau Raya Qurban ruangan
FIKRAH AGAMA membicarakan soal Qurban. Pengertian Qurban di sudut bahasa bermaksud
sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Manakala di sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih
binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan
diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Qurban mula disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama
seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Firman Allah subhanahu wata‘ala dalam Surah Al-Kauthar 108:2 yang bermaksud : “Maka
kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda
syukur)”
Semua orang Islam tahu syarat-syarat mengikut syara
bagaimana hendak melaksanakan Qurban misalnya disegi hukum, cara dan masa perlaksanaan, umur
binatang dan sebagainya. Namun yang ingin dibicarakan di sini sudut pembahagian
daging qurban itu.
Setiap Qariah wajar mempunyai mekanisma pembahagian daging
qurban agar mereka yang miskin dan fakir tidak terpinggir dan terasa hati, dengar
khabar orang kampung berqurban sampai sepuluh ekor lembu, daging seketul atau
gulai sepiring pun mereka tidak terima.
Jadi apa makna qurban kita?
Lazimnya mereka yang berkorban akan mengadakan jamuan dan sedekaqkan daging
kepada sanak saudara. Cuba bayangkan sekiranya mereka yang berkorban itu tidak
mempunyai adik beradik dan sanak saudara yang fakir dan miskin dan jemputan
kenduri qurban juga hanya dibuat dikalangan adik beradik dan kenalan maka fakir
dan miskin akan terlompong menelan air lior mendengarkan 10 ekor lembu di
tumbangkan untuk berqurban. Cuba bayangkan apa perasaan mereka?
Jesteru itu di setiap Qariah Jawatankuasa Masjid atau surau
wajib membentuk jawatankuasa Qurban dan setiap Qurban yang dilakukan misalnya
seekor lembu lazimnya dibahagi 7 bahagian tapi kali ini bahagikan 8 bahagian
satu bahagian akan pergi kepada jawatankuasa ini untuk diberikan kepada
anak-anak Qariah yang fakir dan miskin. Pihak jawatankuasa ini juga perlu
pastikan fakir miskin yang tinggal sendirian dan berkeluarga bagi menentukan
kuantiti daging yang hendak di beri.
Jika ini dilaksanakan
mereka yang berqurban tidak perlu lagi memikirkan bahagian orang fakir miskin di
tempat mereka. Sekiranya tidak dilaksanakan makanisma ini dan setiap orang yang
berqurban ingat akan fakir miskin ditempat mereka maka mereka akan menerima
lebih daripada sepatutnya dan ini menimbulkan pula pembaziran kerana lazimnya
fakir dan miskin tidak mempunyai peti sejuk di rumah.
Dirasakan idea ini akan memberikan peluang kepada semmua
khususnya fakir dan miskin untuk turut merasai kemeriahan Hari Raya Qurban.
Jesteru itu diharap mereka yang membaca artikel ini dapat panjangkan idea ini
kepada jawatankuasa masjid dan surau di tempat masing-masing agar Qurban yang
di buat dapat memberikan manafaat kepada semua khususnya golongan fakir dan
miskin.
REMPAH GRILL ALKANZ SEDAP RASANYA LAIN
DARI YANG LAIN.NAK CUBA HUBUNGI 019-560 7802
INGIN TAHU LEBIH BANYAK KLIK IMAGE UNTU KE BLOG
TERLALU RAMAI YANG PM INGIN MENULIS SKRIP
KALAU INGIN MENULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK INI
ANDA DAPAT MELIHAT PROSESNYA DAN ANDA AKAN DIBIMBING.
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE INI.
UTARA BIZ ADALAH PORTAL PENGIKLANAN.IKLANKAN
PRODUK, KHIDMAT DAN PERNIAGAAN ANDA DI SINI. IKLAN JIMAT TEPATI
SASARAN. BERMINAT HUBUNGI 019-5607802. KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI.
IKLAN DI SINI ANDA DAPAT RASA KESANNYA.
TABUNG BLOG BAGI PEMBACA YANG PRIHATI DAN INGINKAN
BAHAN YANG LEBIH MENARIK SUMBANGLAH KE TABUNG INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan