Jangan malu biar pun dah tua |
Apabila kita memperkatakan bab hubungan kelamin atau seks
pasti yang tidak senang dan berapa suka. Lebih-lebih lagi kita memperkatakan
mengenai seks di usia emas, di mana si lelaki dah menjangkau usia emas manakala
perempuannya sudah monopous. Pasti yang beranggapan gatal dan sebagainya.
Hubungan seks adalah fitrah kemanusiaan. Hubungan kelamin atau seks bukan perkara kotor
yang memalukan kecuali dilakukan secara tidak halal. Bagi yang berkahwin atau
pernah berkahwin seks adalah perkara normal yang dijalani oleh setiap pasangan.
Kita jangan jadi manusia hipokrit kerana kemahuan seks
adalah fitrah semulajadi manusia. Malah seks boleh disifatkan sebagai terapi
manusia. Apabila kehendak dan kemahuan seksnya telah dilunasi dia akan merasa
ringan badan, bahagia dan bersemangat
menjalani rutin kehidupan.
Ibnu Taimiyah berpendapat,
“Wajib bagi suami berhubungan seks dengan isterinya sesuai kemampuannya
selama tidak mengganggu fisik dan tidak melalaikan dari kewajiban mencari
nafkah. Jika ini tidak dipenuhi, maka seorang hakim yang adil boleh memaksanya
sebagaimana dalam hal nafkah atau sebagaimana dalam hubungan seks yang
berlebihan.” (Al Ikhtiyarot Al Fiqhiyyah, hal. 246).
Harus diingat bagi mengcapai kebahagiaan sejati dalam rumah
tangga tentu saja tidak cukup dengan menikahi. Ada banyak hal yang perlu
diamalkan secara seksama oleh pasangan suami isteri agar meraih ketenteraman
(sakinah), cinta (mawaddah) dan kasih sayang (rahmah), baik lahir maupun batin.
Salah satunya yang paling penting adalah
persoalan hubungan intim atau dalam bahasa fiqih disebut jima’.
Salahsatu tujuan
bernikah adalah untuk menghalalkan
hubungan seks dan termasuk salah satu
ibadah yang sangat dianjurkan agama dan mengandung nilai pahala yang sangat
besar. Karena jima’ dalam ikatan nikah adalah jalan halal yang disediakan Allah
untuk melampiaskan hasrat biologis insani dan menyambung keturunan bani Adam.
Jadi amat malang sekali apabila golongan perempuan telah
memasuki alam monopous dan pasangannya
telah berada di ambang usia emas maka perhatian golongan wanita yang
bersuami terhadap hubungan seks amat jauh berkurangan malah ada yang langsung
tidak mahu melakukannya. Mereka sibuk melayan anak cucu dan menantu tanpa
mempedulikan pasangannya.
Bagi orang lelaki walaupun dia sudah diambang usia emas atau
telah melewatinya selagi kesihatannya baik dia tetap memerlukannya.
Setidak-tidaknya seminggu sekali atau paling kurang dalam 10 hari sekali. Namun
tindakan pasangannya yang tidak memandang hubungan seks diusia tua ini
menyebabkan golongan lelaki yang kurang iman yang tidak dapat menahan diri dan berlaku
curang.
Blogger sendiri pernah melihat keadaan itu semasa muda ketika aktif dalam persatuan penulis di mana kami mengadakan lawatan ke selatan
Thailand di bahagian Betong. Ketika dalam perjalanan dan semasa berada di Bandar
Betong Blogger menemui terlalu ramai golongan lelaki tua di sana.
“Apa nak jadi dengan mereka ni. Kalau muda macam aku lain
lah datang betong mencari keseronokan dan kenikmatan seks.” Kata hati kecil Blogger.
Namun kini apabila Blogger telah mencapai angka ini barulah
Blogger sedar kenapa orang tua-tua banyak ada di sana. Ketika mereka perlukan
hubungan intim secara sah tetapi si isteri tidak begitu memperdulikannya.
Kita dapat lihat didada-dada akhbar perbuatan sumbang yang
dilakukan oleh golongan yang tidak sepatutnya. Diusia ini juga lazimnya ramai
yang berkahwin secara diam-diam lain tanpa memberitahu kepada isterinya.
Sewajarnya pihak isteri meneruskan hubungan seks seperti biasa. Hakikatnya
hubungan seks akan mengiratkan lagi perhubungan antara suami dan isteri. Dan
sekiranya benar-benar sudah tidak mampu dan berminat izinkan saja suami kahwin
lain dengan jujur dan ikhlas.
Berapa ramai isteri yang sanggup di madu? Mungkin hampir
tidak ada namun blogger yakin dalam seribu dua pasti ada seorang dua. Mereka ini
adalah wanita solehan yang teramat baik dan sayangkan suaminya bagi mengelakan
suaminya berlaku curang dan berdosa. Bertuahlah suami itu dan sekiranya berkahwin jangan abaikan sama sekali isteri itu.
ANDA INGIN MENIKMATI REMPAH GRIL ALKANZ
CUKUP SEDAP RASA LAIN DARI YANG LAIN
HUBUNGI NO TERTERA DAN INGIN TAHU LEBIH
MENDALAM KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
IKLAN JIMAT TEPATI SASARAN HANYA DI UTARA BIZ
HUBUNGAN NO. YANG TERTERA ATAU KLIK IMAGE
UNTUK MELIHAT BLOG INI.
NAK TULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK INI
ANDA DAPAT LIHAT PROSESNYA DAN
SETERUSNYA DI BIMBING
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI SINI. MURAH
TABUNG BLOG DAN ADAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan