PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang ketika ini
kelihatan kehilangan arah tuju perjuangan politik selepas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
meninggal dunia pada 12 Februari 2015.
Sikap Tuan Guru Hj. Hadi terhadap gabungan Pakatan Rakyat menimbulkan
perbalahan dalaman di mana golongan profesional dalam PAS inginkan PAS berada
bersama-sama Pakatan Rakyat yang mana mampu melonjak lagi sokongan PAS
khususnya dikalangan orang bukan Melayu. Namun Tuan Guru Hj. Hadi Awang dilihat sebaliknya.
Kemuncaknya perbalahan ini berlaku di muktamar PAS yang ke
61 yang di adakan di Kuala Selangor pada bulan Jun selepas 3 bulan lebih kurang ketiadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat. Di muktamar ini golongan yang menyokong kuat Tuan Guru Hj. Hadi Awang
telah menjalankan gerakan dan menyingkir golongan profesional daripada harakah
kepimpinan pusat.
Semasa muktamar itu berlaku pergeseran terbuka antara golongan
penyokong Tuan Guru Hj. Hadi dengan golongan profesional. Saling tuduh menuduh
dan lebel melebel sehinggalah tertubuhnya AMANAH yang di gerakan oleh golongan profesional
yang di singkir daripada harakah kepimpinan PAS Pusat.
Sejak itu Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak lagi bersetuju
dengan segala tindakan bekas rakan-rakan seperjuangannya dulu yang menubuhkan Pakatan
Harapan. Malah Tuan Guru Hj. Hadi Awang dilihat seolah-olah lebih condong dan mesra UMNO.
Misalnya dalam isu RM2.6 billion yang masuk ke dalam akuan peribadi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak ada komen penentangan yang jelas. Kalau kita
amati di sudut apa pun tindakan mengambil wang derma masuk ke dalam akuan
peribadi memang jelas salah. Kalau kita terima kenyataan Perdana Menteri bahawa itu adalah derma Tok Arab untuk politik, wang itu harus dan wajib masuk ke dalam akuan pertubuhan politik bukan akuan peribadi. Namun PAS khususnya Tuan Guru Hj. Hadi tetap membisu. Adakah Islam membenarkan perlakuan itu?
Begitu juga apabila pengundian budget 2017 baru-bar ini di parlimen, ahli parlimen PAS berkecuali. Begitu
juga isu bersih PAS tidak lagi menyokong sedangkan sebelum ini PAS menyokong.
Sekiranya kempen bersih itu tidak betul mengapa dulu PAS menyokongnya.
Banyak lagi sikap Presiden PAS yang dilihat lebih condong,
memihak kepada UMNO. Adakah PAS kutu sedang berunding untuk menjadi sekutu BN
seperti yang dilakukan oleh Tun Razak berjaya membawa PAS menyertai BN selepas
pilihanraya 1969 dulu. Kini di pelopori oleh anaknya Datuk Seri Najib pula?
Walau apa pun keputusan kepimpinan tertinggi PAS khususnya
Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang PAS perlu mengumumkan pendirian yang jelas.
Kepimpinan tertinggi PAS harus sedar kemasukan ramai ahli baru dalam PAS sejak
gelombang reformasi. Ketika itu mereka yang tidak sukakan UMNO dan bagi mereka yang lebih suka
kepada Islam memilih PAS sebagai wadah politik mereka. Sekiranya kepimpiunan
tertinggi PAS mengambil pendekatan berbaik-baik atau mesra UMNO/BN pastinya
golongan ini akan lari dari menyokong PAS.
Ketika itu penjualan harakah dan Majalah Editor Suria Janib
begitu baik. Namun Majalah Editor Suria Janib terpaksa dikuburkan tanpa nisan
setelah berlaku rampasan demi rampasan oleh pihak KDN. Ketika itu berapa ramai
aktivis PAS dapat menjual harakah dan mendapat sedikit komisen. Harakah pernah
diedar 400,00 naskah sekali terbitan.
Namun baru-baru ini akhbar harakah kebangaan PAS jauh merosot
malah terpaksa diadakan kempen membeli harakah yang dilancarkan oleh Presiden
PAS. Difahamkan edaran harakah kini
hanya 130,000 naskah sahaja. Berapa pula yang mampu dijual? Mengapa jadi
begitu? Mengapa begitu drastikya penurunan pengedaran harakah? Kepimpinan tertinggi PAS harus mengkaji
puncanya.
Apakah yang menjadi punca Presiden PAS TG Hj. Hadi Awang
dilihat begitu mesra dengan UMNO? Adakah UMNO
berjanji untuk memberikan PAS membentang RUU 355 dan jaminan
menyokongnya? Kalau itulah janji yang menyebabkan PAS berubah sikap sehingga
hancurnya Pakatan Rakyat dan RUU 355 hanya dibenar membuat pembacaan kali
pertama sahaja dan sehingga hari ini gagal dibentang dan dibahas maka sekali
lagi PAS dipermainkan oleh sebab itu TG Datuk Nik Aziz tidak pernah mahu
mempercayai UMNO.
Dahulu selepas pilihanraya 1969 apabila UMNO/BN menerima
tamparan hebat UMNO telah mempelawa PAS untuk menyertai gabungan BN dalam usaha
memperkuatkan politik melayu dan Islam. PAS ketika itu dipimpin oleh Datuk Asri
telah bersetuju menjadi parti komponen BN pada 1973. kemudian sama-sama mengasaskan Barisan
Nasional (BN) pada 1974.
BN mencapai kejayaan
besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi
ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga
rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam
membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh
politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik
Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977
yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan
Kelantan.
Kesimpulannya sekiranya PAS masih mengambil sikan mesra BN
dan konfrantasi dengan Pakatan Harapan bukan saja PAS akan kehilangan banyak kerusi
di mana komposisis pengundi kaum hamper sama malah Pakatan Harapan juga akan
kehilangan banyak kerusi kerana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru yang
menang adalah UMNO/BN. Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah
membuktikan. Adakah PAS ingin UMNO/BN terus berkuasa?
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI
Assalamualaikum
BalasPadamsenang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
dan berbagi kepada teman-teman disini.
Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.
Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.
Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.
Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.
Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
Supaya lebih jelas kunjungi blog http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id
Atau ~KLIK DISINI~