Pertemuan manusia berjiwa besar Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. |
GEMPAR
seluruh negara apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia
merendahkan egonya untuk turun ke Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Pertemuan
dua musuh politik yang saling bermusuhan selama 18 tahun atau lebih tepat lagi
18 tahun 3 hari sesungguhanya mencatit satu sejarah bukan saja di sudut politik
malah kemanusiaan.
Permusuhan
politik antara Tun Dr. Mahathir bermula pada 2 September 1998 apabila Tun Dr.
Mahathir bukan saya menyingkir Datuk Seri Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri
dan kemudiannya Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya menyerang, mengaibkan,
mengenakan tuduhan, dipukul dalam tahanan seterusnya menghumban Datuk Seri Anwar
dalam penjara Sungai Buluh adalah satu episod duka bukan saja kepada Datuk Seri
Anwar malah kepada keluarga, kawan-kawan dan pengikut setianya.
Datuk Seri Anwar bukan saja di pecat malah diaibkan ditangkap, dipukul dalam tahanan dan dihumban masuk penjara Sungai Buluh. |
Ramai
yang tidak menyangka yang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh tersenyum lebar
bersalaman dengan dua tangannya menggenggam erat tangan Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang telah melucutkan jawatannya dan melemparkan pelbagai tuduhan
sehingga merengkok dalam penjara Sungai Buloh 18 tahun yang lalu.
Sesungguhnya
sikap yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim wajar menjadi contoh kepada masyarakat kita. Kedua-dua mereka adalah
pemimpin yang berjiwa besar. Adakah pertemuan yang berlaku di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 5 September akan mengakhiri permusuhan ini? Hanya mereka berdua
yang tahu.
Sesungguhnya
pertemuan ini telah mencatit satu sejarah besar di sudut kemanusiaan. Kenapa
saya katakan begitu ? Ini merupakan
sejarah besar di sudut kemanusiaan kerana bagaimana seorang pemimpin yang
mentadbir negara 22 tahun telah
bertindak begitu kejam kepada Datuk Seri Anwar hari ini membuang segala
keegoaan merendahkan diri menemui bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peristiwa
ini juga menyaksikan bagaimana Datuk Seri Anwar dengan tersenyum lebar
menyambut tangan Tun Dr. Mahathir untuk bersalaman. Orang yang pernah memecatnya
dulu, orang yang pernah mengaibkannya dan memukul seterusnya menghumban beliau dalam penjara.
Bukan
mudah untuk manusia biasa yang jiwanya kecil untuk bertindak demikian. Malah
ada dikalangan masyarakat hanya pertelingkahan kecil
akan berkerat rotan berpatah arang
dengan saudaranya. Mereka akan terus bermusuhan sampai hingga akhir hayat dan mereka tidak
akan ziarah baik ketika sakit mahupun mati. Inilah sikap buruk dan keegoan yang
ada dalam rata-rata manusia.
Datuk Seri Anwar Masih mampu tersenyum dan melambai kepada penyokongnya untuk di bawa balik ke penjara. |
Namun
pertemuan dua tokoh besar negara ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta pro dan kontra dikalangan
pelbagai lapisan masyarakat. Dikalangan
masyarakat yang terlibat awal zaman reformasi
dilihat masih marah dan sangsi akan keilkhlasan Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Mereka juga kecewa dengan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu mudah
menyambut musuh ketat politiknya. Mereka bimbang Tun Dr. Matahir tidak ikhlas
kerana mereka sedar betapa linciknya permainan politik Tun Dr. Mahathir.
Golongan
ini juga tidak dapat menerima Tun Dr. Mahathir kerana mereka sedar begitu ramai
yang terkorban dan hilang segala-galanya.
Mereka hidup susah dan menderita
gara-gara perbuatan Tun Dr. Mahathir ke atas Datuk Seri Anwar. Namun begitu Datuk Seri Anwar sendiri orang yang
menjadi mangsa permainan politik Tun Dr. Mahathir sehingga dipecat, diaibkan,
dipukul malah dihumbat masuk dalam
penjara dapat menerimanya, jadi siapa mereka untuk menolak Tun Dr. Mahathir.
Datuk
Seri Anwar sendiri pernah menyatakan beliau telah memaafkan perlakuan Tun Dr.
Mahathir sebelum ini maka pertemuan ini dengan sikap yang ditunjukkan memang
jelas Datuk Seri Anwar memang ikhlas apa yang diucapkan. Memang Datuk Seri
Anwar Ibrahim membuktikan beliau seorang
pemimpin berjiwa besar dan tidak menyimpan dendam kesumat dihatinya.
Semasa dalam penjara Datuk Seri Anwar kelihangan orang yang di sayang kedua ibu dan bapanya, keluarga malah kawan-kawan. |
Sementara
para pemimpin UMNO pula telah melemparkan pandangan yang sinis dan menempelak
Tun Dr. Mahathir yang dikatakan sanggup merendahkan diri menemui Datuk Seri
Anwar kerana merasakan parti baru yang telah tertubuh bersama Tan Sri Muhyuddin
Yasin amat lemah dan mengharapkan suntikan semangat dari Datuk Seri Anwar bagi
memudahkan mereka berkerjasama dengan pakatan pembangkang dan seterusnya melawan
mereka.
Manakala
dikalangan pemimpin pakatan pembangkang
melihat pertemuan ini memberikan sinar baru dan suntikan kekuatan bagi
menghadapi PRU Ke-14 nanti selepas PAS tidak menunjukkan minat untuk bersama
mereka.
Mampukah
gabungan Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar bersama DAP dan AMANAH melakukan
kejutan besar dalam PRU-14 nanti? Mampukah Datuk Seri Najib yang terpalit
dengan skandal 1MBD dan punya kuasa mempertahankan kuasa yang ada? Kita
tunggu dan lihat nanti!
Dapatkan Rempah Grill Alkanz
Sedap! Rasa lain dari yang lain.
untuk Tempahan boleh sms/whasapp 019-560 7802
Klik Image Untuk Ke Blog
UTARA BIZ SEBUAH BLOG PERNIAGAAN
UNTUK PROMOSI IKLAN DI SINI.
MURAH! HUBUNGI 019-560 7802
INGIN MENULIS SKRIP DRAMA TV
DAPATKAN E-BOOK INI ANDA AKAN
DIBIMBING MENJADI PENULIS SKRIP.
IKLAN DI BLOG ADAM & HAWA
MURAH & JIMAT MALAH TEPATI SASARAN
ISI TABUNG BLOG UNTUK MENDAPATKAN
CERITA YANG LEBIH MENARIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan