Isnin, 19 September 2016

TIPS MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI

Tun Daim Bekas Menteri Kewangan & Usahawan berjaya
Negara kita mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1982 hingga tahun 1986. Kemudian pada   tahun 1996 -1997.  Kini pakar ekonomi Negara Tun Daim meramalkan tahun depan kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang parah malah boleh menjadi negara yang bangkrap.

Tun Daim bukan saja merupakan bekas Menteri Kewangan malah beliau merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya. Maka sebagai seorang usahawan mereka akan menilai keadaan ekonomi dalam usaha mengembangkan perniagaan. Jadi apa yang dikatan Tun yang boleh disifatkan senagai pakar ekonomi perlu diberikan perhatian.

Jadi kita perlu bersedia  berada dalam Negara yang bangkrap.  Bangkap berm,akna kita tidak mampu menanggung kos kehidupan dan kos membayar hutang. Ini akan membuatkan kos sara hidup hidup akan menjadi semakin tinggi, pembuangan pekerja akan menjadi fenomena biasa dan peluang pekerjaan terhad. Waktu itu pendapatan tidak dapat menanggung kos kehidupan kerana amat tinggi lagi memeritkan.
Ramalan Tun Daim

Jadi persoalannya bagaimanakah kita hendakan menghadapi memelestan ekonomi ini. Jawapan yang paling mudah hindarkan pembelian baru barang-barang yang tidak diperlukan seperti  kereta baru, peralatan letrik yang baru dan sebagainya. Namun langkah-langkah ini tetap tidak cukup bagi menghadapi kemelesetan ini.

Namun di yakini langkah-langkah itu semata-mata tidak akan cukup untuk menghadapi kemelestan ekonomi yang melanda Negara kita. Kita wajar memberikan perhatian terhadap perkara-perkara lain seperti membeli belah.

Jadilah pembeli yang bijak . Sebelum kita pergi membeli belah  senarai barang yang betul-betul diperlukan. Tujuannya   bagi mengelakan kita membeli barangan yang kurang kita perlukan pastinya mendatangkan pembaziran. Kita juga perlu  membandingkan harga di satu-satu tempat dengan tempat yang lain besertakan mutunya. Tindakan ini pastinya dapat mengurangkan kos membeli belah.

Disamping itu kita perlu juga memberikan perhatian dalam pembelian barang-barang makanan. Memang makanan itu perlu tetapi pastikan tidak berlaku pembaziran. Sekiranya kita suka memakan buah-buahan makanlah  buah-buahan tempatan kerana buah-buah tersebut lebih murah dan berkhasiat.

Jika boleh  da nada tanah kosong  tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buah untuk kegunaan sendiri. Beli barangan dengan jumlah yang besar bagi barangan yang tidak mudah busuk atau rosak. Berikan bekal makanan yang berzat kepada anak-anak ke sekolah. Ini dapat menjamin anak-anak kita dapat makanan yang berkhasiat dan tidak membazirkan wang membeli makanan  yang tidak berkhasiat.
Kilang-kilang besar mula membuang pekerja

Begitu juga pakaian yang merupakan asa dalam kehidupan jangan sekali-kali mementingkan fesyen dan jenama. Fesyen tidak bertahan lama dan terus berubah dan harga fesyen-fesyen terbaharu di pasaran memang mahal. Belilah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan kemanpuan kita. Bagi kaum wanita jangan belanjakan wang dengan membeli alat solek dan beralihlah kepada kecantikan asli. Gunakan cara yang lebih selamat dan murah tetapi kesannya tetap sama.

Di zaman moden ini pembelian insiuran walaupun bukan wajib tetapi boleh dikira sebnagai satu keperluan.  Jika kita  ingin membeli insuran nyawa belilah insuran penggal (term) kerana ia menyediakan perlindungan yang sempurna dengan harga yang jauh lebih murah.

Bagi menjimatkan kos penggunaan minya bagi kenderaan   kita perlu menjaga enjin kenderaan dengan baik paling mudah menukar minyak enjin mengikut kiraan yang betul. Pastikan tayar kenderaan diisi dengan tekanan angina yang betul Walaupun kedua-dua perkara ini kelihatan remeh tetapi ianya dapat membantu kita mengurangkan kos.
Kita jangan beli kenderaan baru

Apabila menggunakan kenderaan khususnya kereta bawa penumpang secukupnya dan gabungkan beberapa perjalanan yang dekat. Jangan memandu kenderaan terlalu laju kerana kita  dapat menjimatkan 25% penggunaan minyak jika memandu dengan kelajuan yang tetap.

Dalamkeadaan ini  sewajarnya tangguhkanlah rancangan percutian dan melancung.  Sekiranya memang kita rasa perlu juga untuk bercuti dan merehatkan minta  maka berpakatlah dengan ahli keluarga dengan kelompok yang agak besar kerana agen perlancongan akan memberikan potongan harga dan melawatlah tempat-tempat yang menarik di negara kita sendiri.

Kita juga tidak dapat lari daripada menghadapi majlis-majlis perkahwinan dan perayaan. Buatlah perancangan janganlah berlebihan untuk majlis perkahwinan atau pun perayaan. Sambutlah majlis perayaan dan keramaian secara sederhana jangan bimbang kata orang kerana mereka memahinya kerana mereka juga berhadapan masalah kemelesetan ekonomi.

Kita menggunakan pelbagai kemudahan lain di rumah seperti letrik, air dan sebagainya  maka elakkan pembaziran tenaga letrik dan air. Sekiranya anda ingin memasak air adalah lebih jimat anda menggunakan gas daripada letrik. Paip air yang bocor perlu dibaiki segera. Siram pokok menggunakan bekas siraman jangan guna paip.

Jika sesuatu urusan itu tidak mustahak jangan buat panggilan sebaliknya hantar saja sms atau whasapp ianya lebih menjimatkan. Jika perlu juga membuat panggilan buatlah panggilan dia antara 6 petang hingga 7 pagi kerana kadarnya lebih murah.


Diharap tips menghadapi kemelsetan ekonomi ini dapat membantu mengurangkan kos dan menjimatkan ringgit kita. Jangan amalkan budaya biar papa asalkan bergaya.



DAPATKAN REMPAH GRILL ALKANZ
RASA LAIN DARI YANG LAIN
KLIK IMAGE UNT KE BLOG


IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI UTARA BIZ
IKLAN JIMAT & TETAPI SASARAN
PELBAGAI INSENTIF LAIN DI SEDIAKAN
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

RASA ADA BANYAK IDEA DAN INGIN MENULIS SKRIP
DAPATKAN E-BOOK PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE
ANDA DAPAT LIHAT PROSESNYA & BIMBINGAN AKAN DI BERI
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

IKLAN PERNIAGAAN DI SINI JIMAT
ADA PELBAGAI INSENTIF LAIN

DERMA UNTUK TABUNG BLOG
MENDERMALAH UNTUK BLOGGER DAPATKAN BAHAN YANG MENARIK





Tiada ulasan:

Catat Ulasan