Jumaat, 30 September 2016

SIAPA JEJAKA HENSEM INI?


PASTINYA ramai yang ingin tahu siapakah jejaka hensem yang menghiasi “BLOG COVER”  Blog Adam & Hawa bulan September. Beliau ialah Azafaris Juhary atau nama glamour di Facebook Pahlawan Naga.  Beliau merupakan seorang pekerja industri  di kawasan Perindustrian Prai.

Disamping bekerja di sector industri beliau juga di masa yang terluang merupakan pemandu peribadi merangkap ‘bodyguard’ mereka yang bergelar DATUK dari ibu kota jika datang ke Pulau Pinang. Disamping itu beliau juga merupakan anggota polis bantuan di Seberang Perai Selatan. Disamping bergiat  dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kini Pahlawan Naga mula berjinak-jinak  di bidang lakonan. Bermula dengan menyertai Bengkel  Seni Lakon anjuran Finas di Hotel Sunway Seberang Jaya di bawah kendalian Pengarah Drama Khalid Sulaiman fdam.

Walaupun masih baru di bidang ini Pahlawan Naga telah berlakon dalam sebuah dokumentari mengenai Sasterawan Negara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pahlawan Naga  juga diberi peranan yang tidak kurang pentingnya dalam sebuah  telemovie “AKU BUKAN SESAT” yang bakal ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia.  Beliau juga telah membintangi filem antarabangsa “OPERATION MEKONG”. Disamping itu berlakon iklan pendek untuk produk kecantikan.

Menurut Pahlawan Naga, beliau ingin pergi lebih jauh dibidang lakonan. Pengalaman yang sempat beliau timba daripada bengkel lakonan yang disertai dan telah berlakon beberapa buah drama serta  filem ini memberikan keyakinan yang tinggi untuk beliau bergerak lebih jauh lagi.

“Kita nampak senang orang berlakon hakikatnya setelah melalui pengalaman berlakon sebenarnya tidak mudah. Pelakon memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi dan bekerja tidak mengira waktu. Pelakon juga perlu bijak membawa watak bukan senang hendak berlakon gembira sedangkan hati kita susah  dan bukan senang dan menimbulkan perasaan marah sedangkan kita tidak marah.”

“Saya yakin watak yang paling sukar adalah untuk mengeluarkan airmata. Namun apa pun watak dan peranan yang bakal diberi di masa hadapan saya akan usahakan untuk memberikan yang terbaik.” ujarnya kepada Bloger Adam dan Hawa.

Apabila ditanya bagaimana beliau membahagikan masa  dengan pelbagai kerja, kegiatan kemsyarakatan dan kini ditambah menyertai bidang lakonan beliau menjelaskan.

“Saya bukan orang senang dan untuk hidup senang kita kena melakukan seberapa banyak kerja yang boleh. Disamping kita mendapat sedikit imbuhan daripada kerja kita kita juga dapat pengalaman. Pengalaman tidak dapat dibeli dan kita mesti melalui.”


“Dalam soal ini saya perlu pandai membahagikan masa  antara pelbagai kerjaya yang berlainan dan juga dengan keluarga. Alhamdulillah sehingga kini semuanya berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada keluarga, majikan dan kawan-kawan.” jelasnya mengakhiri perbulan dengan Blogger Adam & Hawa.


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG




Tiada ulasan:

Catat Ulasan