Kemewahan
dan kesenangan hidup bukan jaminan untuk hati merasa bahagia bagaikan Adam di syurga tetapi merasa resah dan gelisah. |
Syurga adalah tempat bersemadi manusia di alam akhirat nanti. Syurga
adalah ganjaran kepada manusia di atas segala amal kebajikan yang telah dibuat semasa
hidup di dunia. Hakikatnya segala amal kebajikan manusia memang tidak
mencukupi untuk memasuki syurga Allah
dan kita memerlukan syafaat Nabi Muhammad SAW dan Rahmat Allah SWT. Samalah
keadaannya dengan anak-anak kita yang pasti tidak mampu membalas segala jasa
dan pengorbanan ayah dan ibu.
Di syurga nanti manusia akan memperolehi segala kesenangan.
Semuanya tersedia, apa saja yang diinginkan kita akan memperolehinya. Sesungguhnya syurga adalah
suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.
Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta
dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai
manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu terlebih dahulu ditempatkan Allah
SWT di dalam Syurga (Jannah).
Hati kita bertambah terganggu bila melihat orang
berpasangan
sedangkan kita sendirian sedangkan
Nabi Adam a.s. hanya melihat burung-burung
berkawan dan berterbangan hatinya kacau.
|
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai
seorang pun kawan. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit
yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang
dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke
sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul,
seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian.
Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak berkawan dan
bemesra. Adam a.s merasa kesepian. Ia
tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk
rayu dan bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihat berkawan dan berterbangan.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu
saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang
ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang mewangi, yang di
bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai
pembangkit perasaan rindu.
Walaupun
kita hidup senang dan kelihatan bahagia namun kita tetap akan merasa sepi kalau orang yang kita sayang tidak bersama. |
Apa saja yang ada di
dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu
resah dan gelisah di dalam kesepian seorang diri? Kenikmatan yang dinikmati
terasa hambar. Bukannya Adam a.s tidak bersyukur tetapi itulah fitrah
semulajadi manusia yang Allah semadikan di jiwa manusia menjadikan dia begitu.
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di
dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan
mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau
rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari
hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi malangnya hatinya bukan menjadi tenteram,
malah menjadi lebih tertertekan.
Fitrah
semulajadi yang Allah jadikan di hati manusia inginkan pasangan. |
Kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai
dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang
begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat
yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Walaupun jiwa dan perasaan Adam a.s. tidak tenteram berada dalam segala kesenangan syurga namun Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah
SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha
Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah
Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
TUNGGU BULAN DEPAN BAHAGIAN 2
ADA URUSAN JPJ & PUSPAKOM DI KULIM
KLIK UNTUK KE ARTIKLE DI UTARA BIZ
RAYA HAJI DAH DEKAT DAPAT REMPAH GRILL ALKANZ
KLIK UNTUK KE BLOG
PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI UTARA BIZ
KLIK UNTUK KE BLOG
NAK TAHU BAGAIMANA PENCIPTAAN TELEMOVIEDAPATKAN E-BOOK INI,
BOLEH JUGA BELAJAR MENULIS SKRIP SKRIP DRAMA TV
KLIK UNTUK KE BLOG
PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI SINI MURAH.
TABUNG BLOG ADAM \& HAWA