|
Tun Daim Bekas Menteri Kewangan & Usahawan berjaya |
Negara kita mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1982
hingga tahun 1986. Kemudian pada tahun 1996 -1997. Kini pakar ekonomi Negara Tun Daim meramalkan
tahun depan kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang parah malah boleh
menjadi negara yang bangkrap.
Tun Daim bukan saja merupakan bekas Menteri Kewangan malah
beliau merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya. Maka sebagai seorang
usahawan mereka akan menilai keadaan ekonomi dalam usaha mengembangkan
perniagaan. Jadi apa yang dikatan Tun yang boleh disifatkan senagai pakar
ekonomi perlu diberikan perhatian.
Jadi kita perlu bersedia
berada dalam Negara yang bangkrap. Bangkap berm,akna kita tidak mampu menanggung
kos kehidupan dan kos membayar hutang. Ini akan membuatkan kos sara hidup hidup
akan menjadi semakin tinggi, pembuangan pekerja akan menjadi fenomena biasa dan
peluang pekerjaan terhad. Waktu itu pendapatan tidak dapat menanggung kos
kehidupan kerana amat tinggi lagi memeritkan.
|
Ramalan Tun Daim |
Jadi persoalannya bagaimanakah kita hendakan menghadapi
memelestan ekonomi ini. Jawapan yang paling mudah hindarkan pembelian baru
barang-barang yang tidak diperlukan seperti
kereta baru, peralatan letrik yang baru dan sebagainya. Namun
langkah-langkah ini tetap tidak cukup bagi menghadapi kemelesetan ini.
Namun di yakini langkah-langkah itu semata-mata tidak akan
cukup untuk menghadapi kemelestan ekonomi yang melanda Negara kita. Kita wajar
memberikan perhatian terhadap perkara-perkara lain seperti membeli belah.
Jadilah pembeli yang bijak . Sebelum kita pergi membeli
belah senarai barang yang betul-betul
diperlukan. Tujuannya bagi mengelakan kita membeli barangan yang
kurang kita perlukan pastinya mendatangkan pembaziran. Kita juga perlu membandingkan harga di satu-satu tempat dengan
tempat yang lain besertakan mutunya. Tindakan ini pastinya dapat mengurangkan
kos membeli belah.
Disamping itu kita perlu juga memberikan perhatian dalam
pembelian barang-barang makanan. Memang makanan itu perlu tetapi pastikan tidak
berlaku pembaziran. Sekiranya kita suka memakan buah-buahan makanlah buah-buahan tempatan kerana buah-buah tersebut
lebih murah dan berkhasiat.
Jika boleh da nada tanah
kosong tanam sendiri sayur-sayuran dan
buah-buah untuk kegunaan sendiri. Beli barangan dengan jumlah yang besar bagi
barangan yang tidak mudah busuk atau rosak. Berikan bekal makanan yang berzat
kepada anak-anak ke sekolah. Ini dapat menjamin anak-anak kita dapat makanan
yang berkhasiat dan tidak membazirkan wang membeli makanan yang tidak berkhasiat.
|
Kilang-kilang besar mula membuang pekerja |
Begitu juga pakaian yang merupakan asa dalam kehidupan jangan
sekali-kali mementingkan fesyen dan jenama. Fesyen tidak bertahan lama dan
terus berubah dan harga fesyen-fesyen terbaharu di pasaran memang mahal.
Belilah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan kemanpuan kita. Bagi kaum
wanita jangan belanjakan wang dengan membeli alat solek dan beralihlah kepada
kecantikan asli. Gunakan cara yang lebih selamat dan murah tetapi kesannya
tetap sama.
Di zaman moden ini pembelian insiuran walaupun bukan wajib
tetapi boleh dikira sebnagai satu keperluan.
Jika kita ingin membeli insuran
nyawa belilah insuran penggal (term) kerana ia menyediakan perlindungan yang
sempurna dengan harga yang jauh lebih murah.
Bagi menjimatkan kos penggunaan minya bagi kenderaan kita perlu
menjaga enjin kenderaan dengan baik paling mudah menukar minyak enjin mengikut
kiraan yang betul. Pastikan tayar kenderaan diisi dengan tekanan angina yang
betul Walaupun kedua-dua perkara ini kelihatan remeh tetapi ianya dapat
membantu kita mengurangkan kos.
|
Kita jangan beli kenderaan baru |
Apabila menggunakan kenderaan khususnya kereta bawa
penumpang secukupnya dan gabungkan beberapa perjalanan yang dekat. Jangan
memandu kenderaan terlalu laju kerana kita dapat menjimatkan 25% penggunaan minyak jika
memandu dengan kelajuan yang tetap.
Dalamkeadaan ini sewajarnya tangguhkanlah rancangan percutian
dan melancung. Sekiranya memang kita
rasa perlu juga untuk bercuti dan merehatkan minta maka berpakatlah dengan ahli keluarga dengan
kelompok yang agak besar kerana agen perlancongan akan memberikan potongan
harga dan melawatlah tempat-tempat yang menarik di negara kita sendiri.
Kita juga tidak dapat lari daripada menghadapi majlis-majlis
perkahwinan dan perayaan. Buatlah perancangan janganlah berlebihan untuk majlis
perkahwinan atau pun perayaan. Sambutlah majlis perayaan dan keramaian secara
sederhana jangan bimbang kata orang kerana mereka memahinya kerana mereka juga
berhadapan masalah kemelesetan ekonomi.
Kita menggunakan pelbagai kemudahan lain di rumah seperti
letrik, air dan sebagainya maka elakkan
pembaziran tenaga letrik dan air. Sekiranya anda ingin memasak air adalah lebih
jimat anda menggunakan gas daripada letrik. Paip air yang bocor perlu dibaiki
segera. Siram pokok menggunakan bekas siraman jangan guna paip.
Jika sesuatu urusan itu tidak mustahak jangan buat panggilan
sebaliknya hantar saja sms atau whasapp ianya lebih menjimatkan. Jika perlu
juga membuat panggilan buatlah panggilan dia antara 6 petang hingga 7 pagi
kerana kadarnya lebih murah.
Diharap tips menghadapi kemelsetan ekonomi ini dapat
membantu mengurangkan kos dan menjimatkan ringgit kita. Jangan amalkan budaya
biar papa asalkan bergaya.
DAPATKAN REMPAH GRILL ALKANZ
RASA LAIN DARI YANG LAIN
KLIK IMAGE UNT KE BLOG
IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI UTARA BIZ
IKLAN JIMAT & TETAPI SASARAN
PELBAGAI INSENTIF LAIN DI SEDIAKAN
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
RASA ADA BANYAK IDEA DAN INGIN MENULIS SKRIP
DAPATKAN E-BOOK PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE
ANDA DAPAT LIHAT PROSESNYA & BIMBINGAN AKAN DI BERI
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
IKLAN PERNIAGAAN DI SINI JIMAT
ADA PELBAGAI INSENTIF LAIN
DERMA UNTUK TABUNG BLOG
MENDERMALAH UNTUK BLOGGER DAPATKAN BAHAN YANG MENARIK