Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , SYUKUR
Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita masih dapat bertemu
di Blog ADAM & HAWA untuk bulan yang ketiga. Tiga
bulan masih terlalu muda untuk dikenali.
Namun Blogger terus akan membawa Blog ADAM & HAWA
memasuki fasa baru. Sekiranya perancangan fasa ini dapat berjalan dengan lancar
maka Blog ADAM & HAWA akan bergerak dengan lebih baik lagi dan dengan
pengisian yang lebih menarik. Saya mohon doa restu daripada pembaca agar
Allah permudahkan apa yang telah di rancang.
Walaupun masih muda namun Blog ADAM & HAWA telah
berjaya mendapatkan lebih kurang 9,000
pelawat dalam masa dua bulan. Ini merupakan satu pencapaian yang agak baik.
Bagi membantu melancarkan Blog ini Blogger memohon jasa
baik pembaca yang baik hati boleh
mengisi TABUNG BLOG ini seberapa yang
boleh. Sementara para peniaga boleh menggunakan Blog ini untuk
mempromosikan perniagaan, perkhidmatan dan produk Tuan/Puan dengan harga yang cukup jimat dan
pasti anda mampu dan berpuashati.
Pada bulan ini Blog ADAM & HAWA akan membicarakan
mengenai perhubungan ADAM & HAWA. Masalah poligami yang dikatakan menjadi
kesukaan golongan ADAM dan menjadi duri bagi golongan HAWA. Benarkan poligami
menjadi kesukaan golongan ADAM? Apakah masalah yang menyebabkan golongan ADAM
berpoligami? Blog ADAM & HAWA akan cuba mengupasnya dengan baik tanpa
sebarang prejudis.
Begitu juga masalah perigi yang mencari timba, adakah salah
disegi agama dan budaya kita? Boleh dan wajarkan tindakan itu? Jika boleh
kenapa dan jika tidak mengapa pula. Isu ini juga Blog ADAM & HAWA akan
mengupas tanpa sebarang prejudis dan kita akan mengikut dari kaca mata agama
bukan adat atau budaya. Peribahasa kita biar mati anak tetapi jangan mati adat tidak
dapat diguna pakai khususnya apabila adat yang kita bawa berlawanan dengan
kehendak agama. Isu ini juga Blog ADAM & HAWA akan cuba mengupasnya dengan
sebaik mungkin.
Dan salah satu isu yang tidak kurang pentingnya dan
menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat
kita ialah mengenai politik, bilakah pilihanraya umum akan di adakan.
Masyarakat seolah-olah sudah tidak sabar
menunggu saat itu bagi memutuskan kecelaruan yang membawa kepada
percakapan dan perbalahan di kalangan rakyat. Apabila pilihanraya sudah diadakan
dan keputusan sudah diperolihi diharap masyarakat tidak lagi berfikir mengenai politik sebaliknya meneruskan kehidupan yang semakin sulit dan mencabar ini.
Dalam soal ini blogger akan mengunakan segala
pengalaman sebagai penulis dan
penganalisa politik akan membuat ramalan bilakah pilihanraya dan peluang
parti-parti yang bertanding. Mungkin ada di kalangan pembaca kurang senang kita
membicarakan soal politik namun sebagai rakyat kita tidak terlepas daripada
menghadapinya.
Sekiranya kita tersalah
dan tersilap pilih ianya akan memberikan padah dalam kita menjalani kehidupan.
Jadi walaupun kita bukan aktivis politik namun pergolakan politik yang berlaku
dalam negara kita perlu ambil tahu dan apabila sampai masa kita untuk mengundi
kita akan menggunakan akal dan pemikiran yang Allah anugerahkan untuk membuat
pilihan.
Saya rasa cukup setak
at ini MINDA BLOGGER berbicara dan
selamat mengikuti Blog ADAM & HAWA, Insya Allah pasti memberikan manafaat
dan ilmu kepada anda yang mengikutinya. SELAMAT MEMBACA.Blogger
Arzaman Sulaiman
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan