KATA Sasterawan Inggeris William
Shakespeare dilahirkan pada tahun 1564 dan meninggal dunia tahun 1616 ada
berkata, “ dunia ini adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya”. Kata-kata Shakespeare ini memang tepat dan
kita boleh lihat apa yang berlaku di sekitar kita.
Jadi jangan kita hairan dan
terkejut dengan sikap manusia yang
seupama musang berbulu ayam ini. Manusia jenis ini memang banyak
kedapatan walaupun mereka terkenal dibidang agamawan.
Apa lagi manusia biasa yang menunjukkan
imej agama dan pastinya kita tidak hairan dengan manusia biasa yang bersikap
seperti musang berbulu ayam.
Persoalannya kini, bagaimana kita
hendak kenal manusia yang bersikap seperti musang berbulu ayam ini? Jangan
sampai ayam habis sereban baru kita sedar yang kita telah memasukkan musang
yang berbulu ayam dalam reban tersebut.
Ketika itu sudah tidak berguna lagi, nasi
sudah menjadi bubur. Menyesal kemudian susah tidak berguna lagi. Jadi sebelum
kita rapat dan menaruhkan kepercayaan kita perlu betul-betul kenal dulu
sesaorang itu.
Namun begitu diakui memang sukar untuk kita kenal pasti dengan mata kasar dengan imej yang ditampilkan. Kita juga telinga kita apabila untuk kenal dengan mendengar tuturnya bak kata perpatah lembut gigi dari lidah, jadi berhati-hatilah.
Perkara yang diangkat ini bukan hanya cerita rekaan bagi mengesahkan apa yang dibicarakan. Perkara seumpama ini berlaku di depan mata kita, kita lihat bagaimana agamawan yang bergiat di bidang politik, sebelum menjadi kerajaan mereka kemukakan pelbagai dalil mempertikaikan kerajaan yang ada. Ketika mereka jadi kerajaan mereka tetap meneruskan dasar yang sama dengan mengemukan dalil yang lain pula.
Kita juga dapat lihat dengan
jelas golongan agamawan yang bergiat
dalam politik, mereka berada dalam kerajaan yang mengubal dasar SOP menghadapi
covid 19 tapi mereka sendiri melanggar SOP yang mereka ada bersama mengubalnya.
Apa yang paling menyedihkan mereka tidak pernah mengaku atau merasa bersalah.
Kita juga dapat lihat bagaimana
mudir dan ustaz sekolah-sekolah agama berkelakuan sumbang senga anak murid
mereka. Mungkin ada yang berkata itu hanya kes terpencil tapi itulah hakikatnya
sikap musang berbulu ayam. Kita tidak tahu berapa banyak lagi kes seumpama itu
tidak didedahkan bagi mengelakkan malu.
Dalam kes seumpama ini amat
menyedihkan ibu dan bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama agar
anak-anak ini mendapat didikan agama yang baik tapi ini yang berlaku.
Harus diingat rata-rata sekolah
agama hidup daripada sumbangan orang ramai. Kalau mengharapkan yuran yang
dikenakan rasanya sukar untuk sekolah-sekolah agama menbayar gaji kakitangannya
dan membina infrasuktur sekolah dengan baik.
Berdasarkan contoh yang diberi
memang sukar untuk kita mengenal pasti manusia yang bersikap seperti musang
berbulu ayam. Namun jalannya tetap ada, Allah Azzawajalla telah memberikan kita
hati maka dengarkanlah bisikan hati kita dan percayalah. Hati kita tidak pernah
berbohong.
Bagi mendapatkan bisikan hati yang tulis bersihkanlah hati kita. Berikanlah makanan untuk hati kita. Bagi membersihkan hati dan memberi makan kepada hati, kita perlu berzikir dan beristigfar sebanyak mungkin. Kita juga perlu mendidik hati kita dengan sifat mahmudah ikhlas, jujur, rendah diri, zuhud dan sebagainya.
Sekiranya kita dapat melakukannya ditambah
dengan membaca Al-Quran dan sentiasa mengingati Allah maka hati kita akan
menjadi bersih dan mengalahkan bisikan nafsu dan bisikan halus hati kita adalah
bisikan yang tulus.
Jagalah hati kita, Sabda Baginda SAW bermaksud:
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya
daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya
daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan
adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI. JIKA ADA KELAPANGAN TENGOK BOLEH VIDEO DARI CHANNEL SAYA INI DAN KALAU NAK TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO BOLEH TERUS KE CHANNEL SAYA.
PENULIS LAMA DAN BARU YANG BERMINAT BOLEH BERKARYA BERSAMA BLOGGER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan