Selasa, 19 Januari 2021

MENGENAI, KHIDMAT & HUBUNGI KAMI

 MENGENAI KAMI

 BLOG ADAM & HAWA  adalah sebuah portal yang membicarakan soal kehidupan Adam & Hawa. Portal ini juga menyediakan peluang dan ruang untuk para perniaga khususnya perniaga kecil untuk memperkenalkan perniagaan, perkhidmatan atau produk yang diniagakan di internet dan media social.

 Kami akan membuat satu banner di bawah artikel di blog ini  dan menulis article mengenai perniagaan Tuan/Puan dan menyiarkan di UTARA BIZatau MEDIA UTARA. Banner di blog ini akan delink ke artikel tadi. Artikle ini kami akan share dengan grup komuniti yang terdapat di FB di kawasan Tuan/Puan menjalankan perniagaan.

 Kami juga akan membuat Vedio biasa atau vedio bergambar berbentuk slide yang akan dimuat naik di Youtube dan akan di selit di bawah article kami mengenakan bayaran yang amat berpatutan.



 


 NAK IKLAN BISNES ANDA?

 Anda seorang perniaga! Anda  sedar pemasaran  melalui  iklan merupakan segmen yang cukup penting dalam memajukan perniagaan dan meningkatkan jualan. Tapi anda tidak cukup masa untuk melakukannya! Anda juga tidak punya kakitangan yang cukup untuk menggerakkan promosi. Budget anda juga terlalu kecil untuk membiayai kegiatan pengiklanan. Malah kadang kala anda tidak tahu bagaimana nak iklankan.                                                      

Jangan risau hubungi BLOG ADAM & HAWA,  kami akan membantu anda menyelesaikan masalah promosi dengan kos yang cukup rendah. Kami akan menulis article dan diposkan ke Portal Utara Biz atau MEDIA UTARA. Kami juga akan buat vedio mudah dan di poskan ke Youtube. Video Youtube itu akan diselitkan juga di bawah article yang dibuat. Atikle yang dimuatkan di Utara Biz atau di Media Utara kami akan promosikan ke grup komuniti di FB di sekitar kawasan perniagaan anda seminggu sekali selama sebulan.

Kami juga akan membuat banner yang akan diletak di bawah artikel dan blog lain dan linknya akan disambung kepada artikel yang telah dibuat. Harga yang ditawarkan cukup murah hanya RM250.00.

Sekiranya anda ingin terus promosi dalam grup komuniti berhampiran kawasan perniagaan anda dengan menggunakan artikel yang sama kami hanya tawarkan RM100.00 untuk seminggu sekali selama sebulan

 

 HUBUNGI ARZAMAN SULAIMAN
 DI TALIAN 019-860 3093 (WHATSAPP) ATAU TELEGRAM 010-231 3093

 

Isnin, 18 Januari 2021

MUSANG BERBULU AYAM

KATA Sasterawan Inggeris William Shakespeare dilahirkan pada tahun 1564 dan meninggal dunia tahun 1616 ada berkata, “ dunia ini adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya”.  Kata-kata Shakespeare ini memang tepat dan kita boleh lihat apa yang berlaku di sekitar kita.

MANUSIA ADALAH PELAKON

Jadi jangan kita hairan dan terkejut dengan sikap manusia yang  seupama musang berbulu ayam ini. Manusia jenis ini memang banyak kedapatan walaupun mereka terkenal dibidang agamawan.

Apa lagi manusia biasa yang menunjukkan imej agama dan pastinya kita tidak hairan dengan manusia biasa yang bersikap seperti musang berbulu ayam.

RAMAI MANUSIA BERSIKAP MACAM MUSANG BERBULU AYAM

Persoalannya kini, bagaimana kita hendak kenal manusia yang bersikap seperti musang berbulu ayam ini? Jangan sampai ayam habis sereban baru kita sedar yang kita telah memasukkan musang yang berbulu ayam dalam reban tersebut.

 Ketika itu sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur. Menyesal kemudian susah tidak berguna lagi. Jadi sebelum kita rapat dan menaruhkan kepercayaan kita perlu betul-betul kenal dulu sesaorang itu.

Namun begitu diakui memang sukar untuk kita kenal pasti dengan mata kasar dengan imej yang ditampilkan. Kita juga telinga kita apabila untuk kenal  dengan  mendengar tuturnya bak kata perpatah lembut gigi dari lidah, jadi berhati-hatilah.

Perkara yang diangkat ini bukan hanya cerita rekaan bagi mengesahkan apa yang dibicarakan. Perkara seumpama ini berlaku di depan mata kita, kita lihat bagaimana agamawan yang bergiat di bidang politik, sebelum menjadi kerajaan mereka kemukakan pelbagai dalil mempertikaikan kerajaan yang ada. Ketika mereka jadi kerajaan mereka tetap meneruskan dasar yang sama dengan mengemukan dalil yang lain pula.

Kita juga dapat lihat dengan jelas  golongan agamawan yang bergiat dalam politik, mereka berada dalam kerajaan yang mengubal dasar SOP menghadapi covid 19 tapi mereka sendiri melanggar SOP yang mereka ada bersama mengubalnya. Apa yang paling menyedihkan mereka tidak pernah mengaku atau merasa bersalah.

PENGUBAL DASAR LANGGAR DASAR YANG DIGUBAL

Kita juga dapat lihat bagaimana mudir dan ustaz sekolah-sekolah agama berkelakuan sumbang senga anak murid mereka. Mungkin ada yang berkata itu hanya kes terpencil tapi itulah hakikatnya sikap musang berbulu ayam. Kita tidak tahu berapa banyak lagi kes seumpama itu tidak didedahkan bagi mengelakkan malu.

Dalam kes seumpama ini amat menyedihkan ibu dan bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama agar anak-anak ini mendapat didikan agama yang baik tapi ini yang berlaku.

Harus diingat rata-rata sekolah agama hidup daripada sumbangan orang ramai. Kalau mengharapkan yuran yang dikenakan rasanya sukar untuk sekolah-sekolah agama menbayar gaji kakitangannya dan membina infrasuktur sekolah dengan baik.

Berdasarkan contoh yang diberi memang sukar untuk kita mengenal pasti manusia yang bersikap seperti musang berbulu ayam. Namun jalannya tetap ada, Allah Azzawajalla telah memberikan kita hati maka dengarkanlah bisikan hati kita dan percayalah. Hati kita tidak pernah berbohong.

Hati Manusia
Bagi mendapatkan bisikan hati yang tulis bersihkanlah hati kita. Berikanlah makanan untuk hati kita. Bagi membersihkan hati dan memberi makan kepada hati, kita perlu berzikir dan beristigfar sebanyak mungkin. Kita juga perlu mendidik hati kita dengan sifat mahmudah ikhlas, jujur, rendah diri, zuhud dan sebagainya.

Sekiranya kita dapat melakukannya ditambah dengan membaca Al-Quran dan sentiasa mengingati Allah maka hati kita akan menjadi bersih dan mengalahkan bisikan nafsu dan bisikan halus hati kita adalah bisikan yang tulus.

Jagalah hati kita,  Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI. JIKA ADA KELAPANGAN TENGOK BOLEH VIDEO DARI CHANNEL SAYA INI DAN KALAU NAK TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO BOLEH TERUS KE CHANNEL SAYA.


                                        PENULIS LAMA DAN BARU YANG BERMINAT                                         BOLEH BERKARYA BERSAMA BLOGGER



Sabtu, 7 September 2019

SEMBANG-SEMBANG BUAT MELAYU PULAU PINANG

Saya bacakan puisi karya saya sendiri yang saya hantar menyertai  Sayembara Menulis Sajak Sempena FestivalKesenian Pulau Pinang – YTL tahun 2000 – 2001.  Saja ini tidak memenangi hadiah selain dipilih karya-karya terbaik sayembara.  Ada lagi satu sajak yang Berjaya mememangi hadiah saguhati.

Saya angkat Kisah Masalah Melayu Pulau Pinang bukan baru sudah lama sejak zaman Tun Dr.  Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri. Pulau Pinang  dan mula diberi perhatian   selepas era Tun Dr. Lim Chong Eu dengan diwujudkan pelbagai agensi kerajaan pusat untuk membantu melayu Pulau Pinang. Namun pencapaiannya tetap menghampakan dan melayu Pulau Pinang terus terpinggir.


Khamis, 5 September 2019

MATA & HATI

Perpatah orang kita ada berkata DARI MATA TURUN KE HATI. Ini bermakna MATA dan HATI saling berkiat rapat. MATA dan HATI bagaikan Aur Dengan Tebing.

Lihatlah Channel Video Berinformasi ini membicarakan soal itu. UNTUK TERUS MENIKMATI VIDEO BERINFORMASI SEUMPAMA INI SUBCRIBE VIDEO INI.

UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.

SAYA MOHON KERJASAMA AGAR MEMPUNYAI SUBCRIBER YANG RAMAI UNTUK BERSEMANGAT  TERUS BERKARYA.  TERIMA KASIH.

Rabu, 4 September 2019

JANGAN MUDAH MENYERAH

Hidup ini penuh dengan pengharapan bagi memenuhi impian. Terus berharap dan menaruh harapan.

UNTUK TERUS MENIKMATI VIDEO BERINFORMASI SEUMPAMA INI SUBCRIBE VIDEO INI. UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.

SAYA MOHON KERJASAMA. TERIMA KASIH.

Selasa, 3 September 2019

SESEKALI MELEWATI CHEROK TOKUN

Saya bacakan puisi  sahabat saya Ahmad J. Husien berjudul “SESEKALI MELEWATI CHEROK TOKUN”. Sahabat saya itu ini sedang sakit semoga Allah berikannya kekuatan. Saya amat yakin beliau menghasilkan karya ini ketika gelombang reformasi dicetuskan oleh 
Datuk Seri Anwar selepas peristiwa 3 September 1998.

Dan senaja saya poskan  puisi ini hari ini 3 September 2019, selepas 21 tahun untuk mengingatkan  para pemimpin PKR yang dah mula lupa diri apabila mendapat kuasa. Mereka lupa siapa pemimpin mereka… mereka lupa pengorbanan pejuang2 PKR yang diperingkat 
awal tetapi telah tersisih kerana permainan politik.

Mereka lupa pergorbanan rakyat yang memberikan peluang kepada mereka memerintah  dan hari ini  kita dapat melihat KETAMAKAN KUASA HINGGA TAK KENAL LAGI BOS  MEREKA.
Sudahlah berpolitik mencari kedudukan setelah berkuasa  jangan jadi macam UMNO/BN 
rakyat benam walaupun dah lebih 60 tahun berkuasa. Mahukah PH khususnya
 PKR rakyat benam dalam PRU 15 gara-gara mabuk kuasa.

Saya  amat berharap rakan2 yang menyokong gerakan teformasi dan share puisi ini agar dapat pergi lebih jauh  dan seramai mungkin dapat mengikutinya. SAYA JUGA MOHON KERJASAMA SUBCRIBE VIDEO INI.

Semoga  Mereka  Sedar Dan Kembali Kepanggalkan Jalan. 




Isnin, 2 September 2019

RAHSIA BAWANG BESAR

REMEDI kesihatan di dapur rumah kita. RAHSIA BAWANG BESAR yang boleh mengawal dan mencegah pelbagai penyakin bahaya. Kita patut amalkan bagi menyelamatkan wang ringgit dan masa kita kerana sakit  kena berjumpa doctor.

Malah kita dapat menyelamatkan nyawa kita jadi jangan sia-siakan BAWANG BESAR yang ada didapur rumah kita. Makanlah secara rautin sebagai ulam setiap kali kita makan nasi di rumah.

UNTUK TERUS MENIKMATI VIDEO BERINFORMASI SEUMPAMA INI SUBCRIBE VIDEO INI. UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.

SAYA MOHON KERJASAMA. TERIMA KASIH.


Sabtu, 31 Ogos 2019

CATATAN KECIL DI TANAH PERKUBURAN

CATATAN  Kecil di

Tanah Perkuburan adalah puisi  saya yang

dimuatkan dalah SEBUAH ANTOLOGI PUISI berjudul “RATIB 100 SYAIR” terbitan

GAPENA  dan diselenggarakan oleh Hamzah

Hamdani dan Marzuki Ali.

Antologi Puiisi ini Berjaya mencatit The Malaysia Book Of

Records kerana membuat pembacaan puisi tanpa henti selama 24 jam 52 minit.


MOHON KERJASAMA KAWAN UNTUK LIKE & SUBCRIBE SLIDE VIDEO

INI.  UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER

KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH

KANAN.

Rabu, 28 Ogos 2019

HANIM RAIDAH IKUT SUNNAH

RAIDAH satu keperluan hidup bagi mempastikan hidup kita
sihat, cergas dan kuat disamping tuntutan agama agar kita terhindar daripada
segala penyakit yang memudaratkan.

Namun kita lihat rata-rata kaum Hawa melayu terutama yang
sudah berusia mengabaikan usaha ini jika kita hendak bandingkan dengan kaum
lain terutamanya cina.

Jom kita RAIDAH… pelbagai cara yang boleh dan mampu kita
buat. Misalnya Puan Hjh.  Zakiah Hanim
ada sekit kemampuan memilih beraidah untuk menunggang kuda dan saya lihat
beliau juga kadang2 berjoging di taman.

Sekiranya kawan2 berminat VIDEO BERINFORMASI  seperti ini dan tidak mahu terlepas
SUBCRIBE  VIDEO ini. SUBCRIBE macam
kawan2 melanggan hanya sekali dan tidak dikenakan sebarang bayaran oleh pihak
YOUTUBE.



UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.


Ahad, 13 November 2016

KINI PAS KEHILANGAN ARAH TUJU POLITIK

PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang ketika ini kelihatan kehilangan arah tuju perjuangan politik selepas  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari 2015.

Sikap Tuan Guru Hj. Hadi terhadap gabungan Pakatan Rakyat menimbulkan perbalahan dalaman di mana golongan profesional dalam PAS inginkan PAS berada bersama-sama Pakatan Rakyat yang mana mampu melonjak lagi sokongan PAS khususnya dikalangan orang bukan Melayu. Namun Tuan Guru Hj. Hadi Awang dilihat sebaliknya.

Kemuncaknya perbalahan ini berlaku di muktamar PAS yang ke 61 yang di adakan di Kuala Selangor pada bulan Jun selepas 3 bulan lebih kurang ketiadaan   Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di muktamar ini golongan yang menyokong kuat Tuan Guru Hj. Hadi Awang telah menjalankan gerakan dan menyingkir golongan profesional daripada harakah kepimpinan pusat.

Semasa muktamar itu berlaku pergeseran terbuka antara golongan penyokong Tuan Guru Hj. Hadi dengan golongan profesional. Saling tuduh menuduh dan lebel melebel sehinggalah tertubuhnya AMANAH yang di gerakan oleh golongan profesional yang di singkir daripada harakah kepimpinan PAS Pusat.

Sejak itu Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak lagi bersetuju dengan segala tindakan bekas rakan-rakan seperjuangannya dulu yang menubuhkan Pakatan Harapan. Malah Tuan Guru Hj. Hadi Awang dilihat seolah-olah lebih condong dan mesra UMNO.

Misalnya dalam isu RM2.6 billion yang masuk ke dalam akuan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak ada komen penentangan yang jelas. Kalau kita amati di sudut apa pun tindakan mengambil wang derma masuk ke dalam akuan peribadi memang jelas salah. Kalau kita  terima kenyataan  Perdana Menteri bahawa itu adalah  derma Tok Arab untuk  politik,  wang itu harus dan wajib masuk ke dalam akuan pertubuhan politik bukan akuan peribadi. Namun PAS khususnya Tuan Guru Hj. Hadi tetap membisu. Adakah Islam membenarkan perlakuan itu?

Begitu juga apabila pengundian budget 2017 baru-bar ini  di parlimen, ahli parlimen  PAS berkecuali. Begitu juga isu bersih PAS tidak lagi menyokong sedangkan sebelum ini PAS menyokong. Sekiranya kempen bersih itu tidak betul mengapa dulu PAS menyokongnya.

Banyak lagi sikap Presiden PAS yang dilihat lebih condong, memihak kepada UMNO. Adakah PAS kutu sedang berunding untuk menjadi sekutu BN seperti yang dilakukan oleh Tun Razak berjaya membawa PAS menyertai BN selepas pilihanraya 1969 dulu. Kini di pelopori oleh anaknya Datuk Seri Najib pula?

Walau apa pun keputusan kepimpinan tertinggi PAS khususnya Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang PAS perlu mengumumkan pendirian yang jelas. Kepimpinan tertinggi PAS harus sedar kemasukan ramai ahli baru dalam PAS sejak gelombang reformasi. Ketika itu mereka yang tidak sukakan UMNO dan bagi mereka yang lebih suka kepada Islam memilih PAS sebagai wadah politik mereka. Sekiranya kepimpiunan tertinggi PAS mengambil pendekatan berbaik-baik atau mesra UMNO/BN pastinya golongan ini akan lari dari menyokong PAS.

Ketika itu penjualan harakah dan Majalah Editor Suria Janib begitu baik. Namun Majalah Editor Suria Janib terpaksa dikuburkan tanpa nisan setelah berlaku rampasan demi rampasan oleh pihak KDN. Ketika itu berapa ramai aktivis PAS dapat menjual harakah dan mendapat sedikit komisen. Harakah pernah diedar  400,00 naskah sekali terbitan.

Namun baru-baru ini  akhbar harakah kebangaan PAS jauh merosot malah terpaksa diadakan kempen membeli harakah yang dilancarkan oleh Presiden PAS.  Difahamkan edaran harakah kini hanya 130,000 naskah sahaja. Berapa pula yang mampu dijual? Mengapa jadi begitu? Mengapa begitu drastikya penurunan pengedaran harakah?  Kepimpinan tertinggi PAS harus mengkaji puncanya.

Apakah yang menjadi punca Presiden PAS TG Hj. Hadi Awang dilihat begitu mesra dengan UMNO? Adakah UMNO  berjanji untuk memberikan PAS membentang RUU 355 dan jaminan menyokongnya? Kalau itulah janji yang menyebabkan PAS berubah sikap sehingga hancurnya Pakatan Rakyat dan RUU 355 hanya dibenar membuat pembacaan kali pertama sahaja dan sehingga hari ini gagal dibentang dan dibahas maka sekali lagi PAS dipermainkan oleh sebab itu TG Datuk Nik Aziz tidak pernah mahu mempercayai UMNO.

Dahulu selepas  pilihanraya 1969 apabila UMNO/BN menerima tamparan hebat UMNO telah mempelawa PAS untuk menyertai gabungan BN dalam usaha memperkuatkan politik melayu dan Islam. PAS ketika itu dipimpin oleh Datuk Asri telah bersetuju menjadi parti komponen BN pada 1973.  kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

 BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.


Kesimpulannya sekiranya PAS masih mengambil sikan mesra BN dan konfrantasi dengan Pakatan Harapan  bukan saja PAS akan kehilangan banyak kerusi di mana komposisis pengundi kaum hamper sama malah Pakatan Harapan juga akan kehilangan banyak kerusi kerana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru yang menang adalah UMNO/BN. Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan. Adakah PAS ingin UMNO/BN terus berkuasa?



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI




KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI



Khamis, 10 November 2016

WAJARKAH PERIGI MENCARI TIMBA?

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , SYUKUR Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih dapat bertemu di Blog ADAM & HAWA untuk bulan yang keempat.

Sudah masuk empat bulan namun Blog Adam & Hawa yang berkonsepkan majalah bulanan masih merangkak. Ini kerana blog ini gagal mendapatkan pengiklnan bagi menampung kos penerbitannya.  Namun begitu blogger akan tetap meneruskan apa yang mampu dibuat.

Terbitan bulan lepas rencana penyiaran bahan untuk blog ini agak terjejas terus. Bahan yang sepatutnya di siarkan dan telah diwawarkan gagal dilaksanakan. Saya memohon maaf kerananya. Ini kerana saya terpaksa menyiapkan tugasan lain yang mendapatkan imbuhan bagi meneruskan kehidupan ini.

Terbitan bulan ini bLOG aDAM & hAWA akan membicarakan mengapa lelaki berpoligami dan wajarkah perigi mencari timba. Blogger akan cuba mengupas kedua-dua  isu ini dengan sebaik mungkin berdasarkan hukum adat dan budaya serta hukum agama.

Alhamdulillah baru tiga bulan lepas dilancar namun pelawat yang berkunjung ke blog ini telah mencecah  hampir 10,000 . Berdasarkan perangkaan ini blog ini mempunyai lebih kurang 3,000 orang yang mengikutinya.  Insya Allah sekiranya saya tidak menghadapi sebarang masalah dan dapat menyiarkan cerita misteri dan prihatin diyakini peminat Blog Adam dan Hawa akan bertambah dengan lebih drastik  lagi.

Jesteru itu sokongan anda untuk melawat blog ini secara berterusan bagi membantu peningkatan angka pelawat adalah di perlukan dan saya sedang merancang untuk membuat tawaran pengiklanan kepada syarikat yang berminat mulai bulan ini atau bulan  depan.

Saya mengharapkan blog ini bukan blog yang sia-sia tetapi mampu membuka minta dan pemikiran kita melalui bahan-bahan yang di paparkan. Saya rasa cukup setakat ini dan selamat mengikuti dan membaca bahan-bahan yang di paparlkan dalam blog ini.


Sekian terima kasih.


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI









Khamis, 3 November 2016

BLOG COVER UNTUK BULAN NOVEMBER



SAKSIKAN TELEMOVIE MENCARI BIDADARI BAHAGIAN 4 UNTUK BLOG
LAKONAN FIZ FAIRUS & IRMA HASMIE KARYA  BLOGGER



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

Ahad, 16 Oktober 2016

ISTIGFAR SELESAI SEGALA MASALAH


DALAM kita mengharungi kehidupan di dunia pasti kita tidak dapat lari daripada masalah.  Orang kaya dan senang lenang menghadapi masalah cara orang kaya. Orang susah menghadapi masalah cara orang susah. Orang berkeluarga menghadapi masalah cara orang berkeluarga dan orang bujang menghadapi masalah cara orang bujang.

Adat kata  setiap orang yang hidup di dunia ini pasti tidak dapat lari daripada masalah.  Sebagai manusia kita perlu menghadapi masalah. Sebenarnya masalah yang mewarnai kehidupan manusia adalah cara Allah untuk mentalbiah manusia. Allah ingin melihat kesabaran kita manusia dalam menghadapi masalah. Malah masalah dalam hidup kita akan mematangkan pemikiran kita dan memahami sepak terajang kehidupan ini.

Cuma yang menjadi masalah kepada kita yang di timba masalah kerana kita gagal mencari jalan untuk mengatasinya. Namun kita sebagai manusia sebagai hamba Allah dan beragama Islam sekiranya kita menghadapi masalah yang tidak mampu kita selesaikan maka kembalilah kepada Allah. Mohonlah keampunan daripada Allah nescaya Allah akan membuka dan memberi jalan penyelesaian kepada kita.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Kadang-kadang terfikir dibenak kita mengapa harus kita beristigfar sedangkan kita tidak pernah melakukan dosa-dosa besar. Jangan kita ego dan jangan angkuh sebagai mansia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa.  Walaupun kita tidak pernah melakukan dosa-dosa besar namun kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa-dosa kecil. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah melakukan syirik kecil umpamanya, “Tadi saya sakit kepala sangat-sangat nasib baik ada panadol”.

Jadi bagi jalan penyelesaian menghadapi  apa jua masalah mohonlah keampunan kepada Allah dan banyaklah beristigfar. Beristigfar ada banyak kelebihannya dan  keajaibannya.
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi yang maksum  juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.”(Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.

Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)

Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:

“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).


Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).

Berigtifallah sebanyak mungkin jadikan istigfar sebagai wirid sepanjang masa kita.  Beristigfar  kita telah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan kesalahan kita. Surah Nuh ayat 10-12 Allah telah memberitahu dengan istigfar Allah turunkan hujan, mengadakan sungai dan kenun-kebun, dengan istigfar Allah banyakkan harta dan anak-anak. Bagi merungaki masalah istigfar ini  kita hayati  kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”


Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.





KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI







Khamis, 13 Oktober 2016

BILA AGAKNYA PRU KE 14 ?


HARI ini rata-rata rakyat dah mula bosan dengan percakapan politik. Buka televisyen dengar cerita pasai politik, buka akhbar juga banyak cerita politik, pergi kedai kopi juga sama rata-rata orang bercakap pasai politik malah buka FB juga begitu.

Percakapan politik oleh aktivis dan penyokong dan pendokong parti-parti politik membuat rakyat biasa yang berada atas pagar bosan. Masing-masing mempertahankan ideologi  dan tindakan pemimpin mereka sedangkan sebagai rakyat biasa yang rasional dapat memikirkan yang mana benar dan yang mana salah.

Penyokong dan pendokong politik UMNO/BN dengan cara dan gaya mereka biarpun mereka mungkin sedar kesalahan dan kesilapan pucuk pimpinan parti mereka. Mereka tetap menyokong dan tidak berani menyatakan kebenaran. 

Rata-rata rakyat yang melihat isu kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib  atas apa juga alasan adalah salah, namun kepimpinan dan penyokong parti berkenaan tetap mempertahankannya.

Perdana Menteri  Datuk Seri Najib sendiri akhirnya mengaku menerima wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya dan katanya wang itu adalah derma Tok Arab untuk dana politik. Kita terima kenyataan itu benar, walaupun kenyataan itu benar  tetapi  memasukan wang derma untuk dana politik ke dalam akaun peribadi adalah salah di sudut akta pertubuhan. Kalau itu merupakan dana politik maka wang itu perlu di masukan ke dalam akaun UMNO atau BN bukannya akaun peribadi beliau.

Pihak Peguam Negara telah menyatakan pendirian tidak ada kes dan pihak  Pendaftar Pertubuhan membisu seribu bahasa. Jika ini pendirian Peguam  Negara dan Pendaftar Pertubuhan dan beranggapan tindakan itu tidak salah maka mana-mana ketua bahagian, ketua cawangan atau pengerusi mana-mana parti politik juga boleh mengutip derma dan dimasukan ke dalam akaun peribadi juga tidak salah. Bolehkah itu berlaku?

Bangkai gajah yang besar pasti  tidak dapat ditutup dengan nyiru yang kecil. Akhirnya isu yang cuba ditutup oleh Peguam Negara kita meletup di Amerika Syarikat melalui saman DOJ. Melalui saman itu mereka dapat mengesan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dinamakan sebagai MO1 dan rakan-rakan sekutunya termasuk anak tiri Datuk Seri Najib.


Maka muncul pula pembela Datuk Seri Najib mengatakan bahawa Amerika Syarikat berniat untuk menjatuhkan dan menjajah Kerajaan Malaysia. Nampaknya pembela-pembela Datuk Seri Najib seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat negara ini. Pembela-pembela Datuk Seri Najib seolah-olah menidakkan kejayaan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO memberi pendidikan yang membolehkan rakyat negara ini berfikir  dan membuat penilaian mana betul dan mana yang salah.

Bagi penyokong dan pendokong PAKATAN HARAPAN  ada gaya dan cara tersendiri dalam menarik sokongan rakyat. Mereka akan pertikaikan apa saja yang dibuat oleh pihak kerajaan dan mereka yang menawarkan kerajaan alternatif  kepada rakyat namun sehingga hari ini tidak mampu bersatu dalam hakikat sebenar.

Diyakini dengan kemunculan parti baru tajaan Tun Dr. Mahathir yang diketuai oleh Tan Sri Mahyudin Yasin akan membuatkan parti-parti PAKATAN HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu  akan berebut kerusi. Walaupun ada perbalahan dalam perebutan kerusi namun dirasakan masalah ini tidak begitu kritikal jika dibandingkan dengan PAS.

Sementara bagi pendokong dan penyokong PAS pula asyik mengkafirkan sesama Islam, siapa yang tidak menyokong RUU adalah kafir. Mereka juga melemparkan tuduhan mereka tidak boleh bersama PAKATAN HARAPAN kerana DAP menentang Islam.  Mereka mendakwa sebagai parti Islam,  adakah cara politik yang mereka amalkan itu bersandarkan kepada cara berpolitik Islam?

Persoalan lain yang timbul adakah kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO benar-benar ikhlas? Kini hanya pembacaan pertama di Parlimen dan belum sampai tahap usul untuk diperbahaskan dan dibuat undi untuk terima atau tidak usul itu. PAS tak perlu mengkafirkan orang jika benar UMNO ikhlas usul itu pasti lulus kerana jika ahli parlimen UMNO dan PAS saja sudah memadai untuk memang.

Kita lihat PAS begitu ghairah dengan musuh tradisi politik mereka, UMNO. Mereka lupa inilah senjata paling ampuh untuk pisahkan PAS daripada gabungan pembangkang yang berkemungkinan mampu mengugat kekuasaan mereka selama ini. Hakikatnya bukan mudah untuk Ahli Parlimen UMNO menyokong usul ini, parti-parti komponen BN sendiri telah menunjukkan sikap penentang. Mana mungkin UMNO akan ketepikan rakan-rakan mereka dalam parti komponen BN? Ramai pemerhati politik berpendapat PAS hanya menjadi bahan permainan UMNO untuk terus berkuasa.

Lantaran itu rakyat yang berada di atas pagar mula bosan, muak  dengan pembicaraan politik. Mereka ingin pilihanraya dapat diadakan secepat mungkin. Mereka ingin menzahirkan sokongan mereka melalui kertas undi. Mereka juga menyimpan harapan apabila keputusan telah dibuat cakap-cakap politik akan mula berkurangan. Jadi persoalannya bilakah pilihanraya umum ini akan di adakan?

Berdasarkan perkembangan semasa diyakini Datuk Seri Najib akan mengadakan PRU 14 pada bulan Mac atau April tahun depan. Parti-parti politik komponen BN  telah diarahkan menyiapkan senarai calon. Pengesahannya kita lihat pada pembentangan budget negara yang akan dibentangkan pada 21 Oktober ini. Kita tunggu dan lihat selepas itu pastinya akhbar akan mainkan ini merupakan  budget rakyat.


Datuk Seri Najib tidak boleh tunggu lebih lama lagi. Ketika ini pakatan pembangkang dilihat tidak bersatu dan masih bertelagah sesama mereka, manakala PAS membawa haluan sendiri pastinya akan mengundang pertembungan tiga penjuru. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru ini akan memberikan kelebihan kepada BN khususnya UMNO.  Perkara ini telah dibuktikan dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI