Isnin, 18 Januari 2021

MUSANG BERBULU AYAM

KATA Sasterawan Inggeris William Shakespeare dilahirkan pada tahun 1564 dan meninggal dunia tahun 1616 ada berkata, “ dunia ini adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya”.  Kata-kata Shakespeare ini memang tepat dan kita boleh lihat apa yang berlaku di sekitar kita.

MANUSIA ADALAH PELAKON

Jadi jangan kita hairan dan terkejut dengan sikap manusia yang  seupama musang berbulu ayam ini. Manusia jenis ini memang banyak kedapatan walaupun mereka terkenal dibidang agamawan.

Apa lagi manusia biasa yang menunjukkan imej agama dan pastinya kita tidak hairan dengan manusia biasa yang bersikap seperti musang berbulu ayam.

RAMAI MANUSIA BERSIKAP MACAM MUSANG BERBULU AYAM

Persoalannya kini, bagaimana kita hendak kenal manusia yang bersikap seperti musang berbulu ayam ini? Jangan sampai ayam habis sereban baru kita sedar yang kita telah memasukkan musang yang berbulu ayam dalam reban tersebut.

 Ketika itu sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur. Menyesal kemudian susah tidak berguna lagi. Jadi sebelum kita rapat dan menaruhkan kepercayaan kita perlu betul-betul kenal dulu sesaorang itu.

Namun begitu diakui memang sukar untuk kita kenal pasti dengan mata kasar dengan imej yang ditampilkan. Kita juga telinga kita apabila untuk kenal  dengan  mendengar tuturnya bak kata perpatah lembut gigi dari lidah, jadi berhati-hatilah.

Perkara yang diangkat ini bukan hanya cerita rekaan bagi mengesahkan apa yang dibicarakan. Perkara seumpama ini berlaku di depan mata kita, kita lihat bagaimana agamawan yang bergiat di bidang politik, sebelum menjadi kerajaan mereka kemukakan pelbagai dalil mempertikaikan kerajaan yang ada. Ketika mereka jadi kerajaan mereka tetap meneruskan dasar yang sama dengan mengemukan dalil yang lain pula.

Kita juga dapat lihat dengan jelas  golongan agamawan yang bergiat dalam politik, mereka berada dalam kerajaan yang mengubal dasar SOP menghadapi covid 19 tapi mereka sendiri melanggar SOP yang mereka ada bersama mengubalnya. Apa yang paling menyedihkan mereka tidak pernah mengaku atau merasa bersalah.

PENGUBAL DASAR LANGGAR DASAR YANG DIGUBAL

Kita juga dapat lihat bagaimana mudir dan ustaz sekolah-sekolah agama berkelakuan sumbang senga anak murid mereka. Mungkin ada yang berkata itu hanya kes terpencil tapi itulah hakikatnya sikap musang berbulu ayam. Kita tidak tahu berapa banyak lagi kes seumpama itu tidak didedahkan bagi mengelakkan malu.

Dalam kes seumpama ini amat menyedihkan ibu dan bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama agar anak-anak ini mendapat didikan agama yang baik tapi ini yang berlaku.

Harus diingat rata-rata sekolah agama hidup daripada sumbangan orang ramai. Kalau mengharapkan yuran yang dikenakan rasanya sukar untuk sekolah-sekolah agama menbayar gaji kakitangannya dan membina infrasuktur sekolah dengan baik.

Berdasarkan contoh yang diberi memang sukar untuk kita mengenal pasti manusia yang bersikap seperti musang berbulu ayam. Namun jalannya tetap ada, Allah Azzawajalla telah memberikan kita hati maka dengarkanlah bisikan hati kita dan percayalah. Hati kita tidak pernah berbohong.

Hati Manusia
Bagi mendapatkan bisikan hati yang tulis bersihkanlah hati kita. Berikanlah makanan untuk hati kita. Bagi membersihkan hati dan memberi makan kepada hati, kita perlu berzikir dan beristigfar sebanyak mungkin. Kita juga perlu mendidik hati kita dengan sifat mahmudah ikhlas, jujur, rendah diri, zuhud dan sebagainya.

Sekiranya kita dapat melakukannya ditambah dengan membaca Al-Quran dan sentiasa mengingati Allah maka hati kita akan menjadi bersih dan mengalahkan bisikan nafsu dan bisikan halus hati kita adalah bisikan yang tulus.

Jagalah hati kita,  Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI. JIKA ADA KELAPANGAN TENGOK BOLEH VIDEO DARI CHANNEL SAYA INI DAN KALAU NAK TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO BOLEH TERUS KE CHANNEL SAYA.


                                        PENULIS LAMA DAN BARU YANG BERMINAT                                         BOLEH BERKARYA BERSAMA BLOGGER



Tiada ulasan:

Catat Ulasan