Selasa, 9 Ogos 2016

Mengapa Jadi Andartu?


Andartu adalah singkatan kepada Anak Dara Tua. Berapakah umur ideal untuk diklasifikasikan sebagai andartu.? Rata-rata berpendapat sekiranya wanita tidak berkahwin selepas berusia 33 tahun wajar diklasifikasikan sebagai andartu.

 Jadi mengapakan ramai golongan wanita yang tidak berkahwin dan menjadi andartu? Adakah kerana golongan wanita lebih ramai daripada lelaki? Mungkinkah juga golongan andartu ini terlalu memilih? Golongan andartu ini semakin hari semakin bertambah.

Menurut Laporan Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2008 serta Kajian Penduduk dan Kekeluargaan 2004 yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peratusan lelaki bujang dalam lingkungan usia 25 hingga 49 tahun lebih tinggi iaitu 59.6 peratus berbanding wanita (40.4 peratus).
Namun peratusan penduduk bujang berusia 40 hingga 49 tahun pula menunjukkan jumlah di kalangan wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Ia sekali gus memberi gambaran wanita yang semakin berusia sukar mendapat pasangan berbanding lelaki. Ada juga kemungkinan wanita yang berusia lebih 40 tahun tidak akan berkahwin langsung?

Mengapa perkara ini berlaku? Adakah kerana golongan andartu ini  terlalu cerewet dan memilih? Berdasarkan kajian oleh LPPKN  melalui Kajian Keluarga  mendapati 35.7 peratus wanita bujang  memberikan alas an tiada pasangan yang sesuai untuk mendirikan rumah tangah di usia muda. Manakala 26 peratus pula memberikan alas an masalah kewangan dan 18.1 peratus pula mengejar kerjaya.

Berdasarkan kajian ini membuktikan golongan wanita bujang atau digelar andartu terlalu memilih ketika di usia muda. Memang golongan wanita hari ini mendapat pelajaran yang baik dan tinggi berdasarkan ketekunan dan kerajinan mereka belajar berbanding golongan lelaki membuatkan mereka mendapat kerjaya yang baik dan berpendapatan tinggi.

Keadaan ini sudah semestinyalah memberikan masalah untuk golongan wanita ini mendapatkan pasangan yang setara dengan mereka. Jesteru itu mereka tidak perlu memilih dan menerima siapa saja yang dirasakan  mampu memikul tanggunjawab sebagai suami. Satu lagi masalah golongan wanita ini kerana tidak ada atau jarang sekali golongan lelaki yang berpendapatan rendah berani untuk menjadikan mereka isteri.

Memang berdasarkan kajian Pendidikan menjadi salah satu faktor yang sering dikaitkan dengan isu perkahwinan lewat khususnya bagi mereka berpendidikan tinggi. Statistik menunjukkan wanita bujang berpendidikan tinggi lebih ramai iaitu 34.7 peratus berbanding lelaki (25.7 peratus).

Manakala  jenis pekerjaan pula, didapati peratusan wanita bujang melebihi lelaki bujang dalam kumpulan pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran tinggi seperti penggubal undang-undang, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.

Sebaliknya peratusan lelaki bujang lebih tinggi dalam kumpulan pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi seperti pekerja pertanian dan perikanan; pekerja pertukangan; operator loji dan mesin; pekerjaan asas serta tentera.

Berdasarkan pendapatan bulanan pula menunjukkan purata pendapatan wanita bujang adalah sebanyak RM1,547 berbanding hanya RM1,240 bagi lelaki bujang. Pendapatan wanita bujang yang melebihi RM3,000 juga lebih tinggi berbanding lelaki bujang.

Keadaan ini pastinya memberikan kesukaran kepada golongan wanita bujang mendapat lelaki yang setara dengan kedudukan mereka maka mahu tidak mahu mereka perlu memberikan perhatian di sudut lain untuk memilih calon suami.

Walaupun menurut kajian ini  47.1 peratus  golongan wanita memilih sifat bertanggungjawab sebagai kreteria utama sebagai calon suami tapi  itu hanyalah ucapan di bibir. Kalau itu kreterianya setelah gagal mendapatkan lelaki yang setara dengan mereka maka mereka pasti akan mendapat pasangan untuk berkahwin.

Rata-rata sifat semulajadi majoriti  wanita adalah ego, menunjuk dan membaggakan diri malah kita sering terdengar kata-kata kalau lelaki itu seorang leftenen maka isteri mereka akan berlagak macam kapten. Itulah gambaran watak dan sifat semula jadi wanita malah ada wanita yang berkahwin dengan suaminya yang jauh lebih rendah jawatan dan pendapatan terasa segan untuk ketengahkan suaminya dalam majlis-majlis keramaian rakan sekerja.

Kesimpulannya golongan wanita hari ini perlulah menerima calon pasangan yang bakal begelar suami seadanya. Jangan kedudukan dan pekerjaan asalkan lelaki ini mampu bertanggung jawab dan mampu menjadi ketua keluarga terimalah dengan berlapang dada.


KLIK IMAGE UNTUK KE WRITE UP AJA ALI BAHULU PANAS 


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG REMPAH GRILL ALKANZ


KLIK IMAGE UNTUK KE UTARA BIZ







Tiada ulasan:

Catat Ulasan